Thursday, 23 March 2017

Cerita balik kampung, buat pertama kalinya..ini dapur ana yang punya

Assalamualaikum...

Semenjak akhir-akhir ni banyak pula ujian yang datang..alhamdulillah Allah sayangkan. khamis masa nak pergi kerja tayar sang kancil pecah, jumaatnya si chery pula berasap dah la nak balik kampung. awal pagi tu en.azmi dah nak pergi repair sekali datang barang kat bengkel tu salah, dah cakap yang 2.4 orang tu bawak yang 2.0 memang tak ngamlah. nak tak nak petang jumaat tu redah je nak balik kampung, sekali dekat kesas dah berasap, berentilah kami dekat petronas tepi kesas tu.

Hari dah la hujan, dalam pada menunggu tu en.azmi call adik dia bertanya tentang barang chery yang nak dibeli tu, sambil-sambil tu buat-buatlah apa yang patut dekat kereta tu, nak bawa sang kancil memang tak muatlah dengan beg baju yang berbeg-beg tu. Tunggu sekejap sampai kereta sejuk, kiranya lepas tu nak meredah jugalah balik kampung, lepas tu adik ipar call lagi suruh pergi rumah dia, oklah kami pun pergilah rumah adik ipar dekat PJ. sambil tu mama tanyalah untuk apa kesana? takkan nak repair hari ni juga sedangkan hari dah petang. en.azmi kata kita pergi dulu tengok.

Lepak-lepak makan sambil tunggu adik ipar sampai rumah, lepak makan dekat kedai yang berhampiran sambil bertemankan hujan. sudahnya tukar kereta dengan adik ipar kami naik alza dia, tinggal chery dekat dia sebab katanya nanti dia ambil barang dan bawa repair chery kami tu, lepas maghrib ke rumah abang ipar nak ambil keretanya pula sebab adik ipar nak guna esok, pergi tengok keretanya takde pula, fikir-fikir terus ke rumah kami ambil kancil bagi adik ipar guna, dah berpusing-pusing dah kami atas jalan dari petang tadi..hehehe.

Terpaksalah adik ipar guna kancil antik kami tu untuk bawa balik kampung isterinya pula, dalam hati ni rasa tak sedap juga, kita naik kereta baru dorang, dorang terpaksa naik kereta antik kami. en.azmi lah yang rasa cuak sangat tu, takut adik iparnya tak selesa naik kancil kami tu katanya "risau pula nanti ira tak selesa naik kancil" mama cakap takpelah ira ok. kami teruskan perjalanan balik kampung, pukul 1pagi baru sampai..tu diaa tak pernah-pernah kami balik kampung waktu macam tu, sampai-sampai adik-adik ipar semua dah tidur, anak-anak pun mama dah mandikan siap-siap dekat rumah tadi, cuma mama la yang belum mandi...tapi tetap wangiii takde bau kambing ye kekeke

Al-kisahnya balik kampung sebab atok(abah mertua) tak sihat, rabu kena tahan hospital. Alhamdulillah kebetulan cuti sekolah dan mama pun memang ambil cuti sampai rabu jadi dapatlah lama sikit dekat kampung,walaupun mama cuma dapat tengok atok sekali je, sebabnya budak-budak tak boleh masuk wad. jadinya mama tunggu anak-anak dekat bawah je, bagi peluang en.azmi duduk bersama atok lebih lama. mama kat bawah layan anak-anak main taman dan berlari-lari..hoiii berbulu je mama ni tau orang ramai-ramai macam tu dorang berlari ke sana sini.


anak-anak dihospital bukan main lagi, berlari sesuka hati, itu tuan puteri bukan main memujuk nak beli kasut princess bling-bling lagi."papa yaya nak kasut ni..boleh laa..boleh laa..." kata adelya. kisahnya en.azmi nak belikan kasut untuk mama sekali masuk kedai kasut anak-anak pula yang lebih-lebih memilih kasut, sudahnya kasut mama tak terbeli kasut deme berempat(termasuk en.azmi) yang dibeli, dah simpan je semua buat pakai raya, nanti raya memang tak beli dah kasut. Kata en.azmi nanti kasut mama dia akan belikan nanti, cari dekat shah alam la nampaknya, hari tu banyak juga kasut tapi yang mama berkenan takde pulak.


Disebabkan atok masuk hospital, buat pertama kalinya mama kuasai dapur wan..kikiki sebelum ni kalau balik kampung duduk bersila je tunggu makanan dihidang, tapi balik kali ni mama yang kena memasak sebab adik-adik ipar kerja, bermula isnin tu awal pagi mama dah mula memasak makanan tengah hari sebab adik ipar yang mengandung tu biasanya akan balik makan dirumah, lagipun wan pun balik dari hospital dan akan makan dirumah kemudian bawa bekal pula ke hospital. selesai masak kami anak-beranak bersiap-siap ke hospital untuk ambil wan bawa balik rumah untuk wan makan dan berehat sekejap, petang pukul 5 kami hantar wan ke hospital semula, sebab wan jaga atok di hospital. 2 hari rutin kami berulang ke hospital.

Isnin balik dari hantar wan singgah di mempaga segar dekat lanchang beli barang dapur sikit, dalam pada tu ternampak bahan-bahan buat spagetti, teringat pula atok suka makan, teruslah beli bahan untuk buat spagetti. Selasa tu disamping masak spagetti mama masak juga nasi, semangat betul mama memasak hehehe...masa tu hujan mama paksa en.azmi cari kelapa sebab nak buat rendang pedas ayam, tanpa banyak soal suamiku itu mengikut je pergilah dia kebelakang rumah mencari kelapa dan siap dimesinnya sekali. puas hati bila dapat masak apa yang hendak dimasak, tapi mama takdelah pandai masak pun, taram saja asalkan boleh dimakan.

Rabu, mulanya en.azmi kata tak payah lah masak sebab nak balik dah, tapi rasa macam tak sampai hati pula nanti adik ipar balik lapar, takde nasi nak makan, ye lah ibu mengandungkan mesti lapar, kalau dia nak masak sendiri mesti tak sempat, jadinya mama masaklah lauk ringkas-ringkas je. kemudian bersiap-siap untuk balik ke rumah pula. en.azmi ada kerja pula, plan asal nak ke hospital ambil wan dan bawa anak-anak jumpa atok tapi tak kesampaian, sian anak-anak nak sangat jumpa atok, adrien sampai menangis sebab tak dapat jumpa atok, alahaiii...mama pun sedih tengok anak-anak nak sangat jumpa atok, tapi masa tak mengizinkan waktu itu, en.azmi ada kerja. balik tu kami singgah rumah adik ipar ambil kancil, en.azmi bawa kancil dan terus pergi kerja, mama dengan anak-anak pulang ke rumah.

Alhamdulillah..dapat berita petang tu dari en.azmi katanya atok dah boleh balik, cuma akan ke hospital lagi nanti untuk jumpa pakar, lega dapat balik rumahkan, wan pun dapat berehat juga, tidur atas kerusi dekat hospital tu tentu tak selesakan. harap-harap lepas ni kesihatan atok bertambah baik.





nak juga tayang hasil masakan mama walaupun nan hadooo kikiki, takde orang dekat rumah bolehlah nak snap picca, kalau ada orang takdenya nak buat keje cenggini, malu wehhh. ada 2 hari menu ulangan ikan pedas hahaha...nampak sangat takde idea nak masakkan.

Wassalam

Thursday, 16 March 2017

Rindu

Assalamualaikum...


Saat rindu bertamu
lidah menjadi kelu
airmata menjadi tamu
lantas ayat suciMu ku lagu
hadiahkan padanya yang kurindu
adakalanya rindu itu tak terbendung
adakala rindu itu tak tertanggung...

Dalam kerinduan semalam mama terfikir-fikir apa nak masak untuk makan malam, nasi goreng untuk adrien sudah siap, mama pula jemu hari-hari nasi goreng, entahla sekarang selera adrien nasi goreng je, jadi dah beberapa hari buatkan nasi goreng, katanya nasi goreng mama sedap sangat hehehe. Sampaikan orang lain pun kenalah ikut seleranya.

Tingggg...dapat idea nak masak apa, keluarkan tepung dan bancuh air garam, uli tepung sampai jadi doh, penggelek takde jadi mama gunakan saja anak lesung, sama macam yang arwah mak buat dulu-dulu, tak banyak mama buat, cukup 5 keping saja kemudian digoreng dengan butter. Tak sangka pulak tak cukup 5 keping abg adam belum siap mama masak dah bertanya-tanya "ini mama masak apa?" Sedikit dicubitnya yang dah siap mama masak.


"Eh sedaplah mama" terus dimakan lagi sekeping, geram pulak mama sebab tak menyempat-nyempat dia nak makan. Dah habis sekeping diambil.sekeping lagi, sampaikan yang adik punya pun dirembatnya. Bukan itu saja siap dicerita pada pengasuh kata mama masak sedap, hinggakan pengasuh pun bertanya apa yang mama masak, aduhhh bikin malu itu anak.

Malam tu sambil tunggu anak-anak balik mengaji bersembanglah dengan ct pengasuh anak-anak siap ditanya mama apa yang mama masak sebab adam kata sedap..kahkahkah gelak mama tau pada hal makanan orang susah dulu-dulu bila takde apa nak makan itulah yang arwah mak buat untuk makan.

Apa yang mama masak konon sedap sangat bak kata abg adam tu hehehe



Inilah benda yang mama masak tu, lempeng je..kikiki tapi dulu-dulu kami adik-beradik panggil tempek keras. Bagi mama sedaplah sebab rangup-rangup bila dimakan, tengahnya rangup tepi-tepi tu lembut. Post kat group family ada tanya macammana nak buat, teringat cerita lama la tu..makanan nostalgia nih...

Kerinduan yang takkan pernah padam.

Dugaan pagi ni on the way pergi kerja tayar kereta pecah..alhamdulillah terima kasih ya Allah dengan kasih sayangMu..saat diuji ada yang sudi membantu. Mujurlah bersama en.azmi pagi ni, tukar tayar spare, tayar spare takde angin pulak, alhamdulillah ada kawan yang sudi membantu, sambil tunggu en.azmi dan kawannya pergi isi angin mama sambung entri yang tertangguh, masuk kerja lambatlah hari ini, takpe pasti ada hikmahNya kan. Lately ni banyak ujian dan dugaan...tanda Allah sayang.

Wassalam