Friday 14 December 2012

satu bas tunggu akak tu,,hehehe

Salam semua...
dah hari jumaatkan sekejap je masa berlalu,lagi beberapa hari dah nak masuk 2013.apa yg dihajati tahun 2012 ni dah dipenuhi kah?
bukan akak nak citer pasal azam tahun baru ke apa,ni saja nak citer..citer lama dah tahun 95 lepas spm dulu. tetiba teringat bukan apa dah lama rasanya akak tak naik bas nih.
masa lepas spm dulu keje sekejap kat motorola p.jaya tu,tp sekarang dah tukar nama ke freescale,tau akak ye..biasala keje akak kan survey kilang2 kat selangor nih.
oh ye ada kisah yg vengong sikit terjadi masa tu,hari pertama nak pegi interview,berdua dgn member naik teksi,itupun kakak kat umah sewa tu pesan berpuluh kali,nak berenti kat mana dan apa nak buat,maklum la pestime kot dtg key el..hehe.
sampai je kat kilang tu,amik pass kat guard pastu jalan la masuk ikut yg guard tu tunjuk,sampai je kat satu pintu kaca kitorang dah cuak..tanya menanya "ini pintu ni nak kena tolak ke tarik ha??? tulisan pun takde"sbb kitorang tengok pemegang pintu takde kan..kot kami tolak kang tersalah pulak..sambil tu teruskan perjalanan..sekali pintu bukak sendiri daaa..terus tersengih dua2 org..haha nampak sgt very the kampung kan..pintu auto mcm tu pun taktau..ok lupakan citer pasal pintu.
ini ada lagi citer agak memalukan..waktu tu la,sekarang nih bila ingat balik rasa nak tergelak pun ada,skang nih tengah senyum-senyum sendiri je nih...
masa tu nak balik kampung,berdua jugak dgn member,dulu2 mana ada keta kan,balik kg naik bas ekspress la kat pekeliling tu,naik bas KL-temerloh,tapi masa kitorg nak balik tu,kena naik bas tambahan tau.tunggu punya tunggu bas pun datang,bas kilang kaler biru je tau..huhu,dapat pulak tempat duduk paling belakang sekali,bas lalu bonggol je rasa nak melambung sampai bumbung.masa dalam bas tu akak diam je,buakn sebab apa menahan sakit perut youu..sampai mengigil ha,bas lak jalannya sangkut-sangkut,akak ni dah tak menahan rasanya..ada jugak yg berenti tengah jalan nih.akak cakap kat kawan akak tu.kita turun je la kat depan tu,pastu tanpa fikir apa-apa berani mati la kiranya nih,akak suruh pakcik drebar tu berenti,akak ngan kawan akak nih hangkut semua beg kami,takpe akak tunggu bas lain je nanti..
mujur bas tu berenti betul-betul depan surau..eh pakcik nih macam tau2 jek akak sakit perut,tak berlengah lagi akak tinggalkan kawan akak jaga beg tepi jalan..yg penting lepaskan apa yg patut..
dah abis tu akak keluar la nak jumpa kawan akak dan tunggu bas lain,sekali akak tengok....hamik ko satu bas tunggu akak melepaskan hajat..rupanya kawan akak nih takut takde bas dia suruhnya pakcik drebar tu tunggu kitorang..adoyaiiii malu betul akak rasa,masa naik bas tu semula buat muka tebal jek,masa tu rasanya nak jadi kura-kura bole sorok kepala..pastu ada dengar suara2 gelakkan akak.katanya "hahaha..turun bas sebab nak uk..uk.." hampeh tol!!!!...pastu akak duduk dan buat2 tido...mencik tau...kawan akak tu la memalukan akak jek...
tapi betul tau kalu sakit perut sampai tahap menggeletar tu memang tak bole nak tahan,berpeluh2 dibuatnya,sapa yg penah jadi macam tu?
itulah pengalaman akak dulu masa zaman1 naik bas dulu..
gambar google jek
dah lama tak ke stesen bas pekeliling nih..
selamat berhujung minggu semua
wassalam

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...