Tuesday 25 March 2014

adelya dah 7 bulan

assalamualaikum semua...
semoga semuanya sihat-sihat dan berbahagia selalu...
sedar tak sedar je dah pun 7 bulan..
siapa lagi kalau bukan bidadari kecil akak tu..
dah macam-macam jugak akal dia...
lasak bukan main, taknak duduk diam..
kalau letak kat bawah dah merata dia pergi,tangga pun dia dah nak panjat
bawah kerusi,bawah meja semua dia nak masuk
tengok bawah meja pun dia masuk tu...
mulut memang bising ntah apa yg dibebelkan pun taktau la
perkembangan yg lain-lain masih sama, merangkak dan dah boleh bangun dgn berpaut pada kerusi atau pada orang sekeliling...
masih tak mau dgn lelaki kecuali papa dia, itupun kadang2 takmo jugak
tak serik...dah berpaut berdiri kat plastik baju tu,jatuh..
dia bangun nak panjat lagi...
lasak jugak ini budak, memang tak duduk diam la
tak kisah lah nak...asalkan anak mama ni sihat dan ceria nak melasak pun takpe la...

terima kasih sudi singgah dan baca...
#masih mengharapkan ada keajaiban dgn kuasa Allah...
tak dapat terima dgn berita yg diterima semalam
#pray4mh370
al-fatihah
wassalam

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...