Friday 9 January 2015

Assalamualaikum....


Cengkerik berbunyi menandakan ada mesej masuk..hihihi bunyi cengkerik tu..buka mesej tengok tecer taska hantar gambar adrien sedang buat aktiviti dekat taska,tengok muka macam tekun je abg kawasan ni..hasilnya tu abis huruf dikaler sebegitu rupa.

Kata tecer, adrien ni masa tecer mengajar suka main2 tapi bila tanya alhamdulillah laju menjawab,tecer tanya kaler kuning dlm english apa? Dia boleh jawab..wah bagus ni,sbb dekat rumah mama ajar abg adam dia join sekali itu yg dia tau agaknya tu,tp bab menulis mmg payah,selalu mama yg disuruh menulis...hmmm

Tahun ni dah 4thn walapon lahir hjg thn kan tapi tetap lah 4thn, tak bole main2 lagi kata tecer,kena belajar sungguh2. Alhamdulillah...taska ni bukan hanya pusat jagaan tapi dah macam tadika dah,ada sesi pembelajaran semua.. Boleh la anak2 kenal a,b,c..1,2,3..aliff,ba, ta...bkn itu je solat,bacaan dlm solat,al-fatihah dan surah2 pendek anak2 dah boleh baca..memang tak rugi mama pilih taska ni.

Oh ya.. Ada akak dapat komen dlm entri lepas2 yg bertanya pasal taska ni,tapi buka link pengomen tu tak bole,kalau terbaca entri akak ni bole la emel akak fazilaharyan@gmail.com.. Bole la akak bgtau detail ttg taska ni nanti.

Wassalam

5 comments:

  1. Alhamdulillah.. Pandai adrien. Walaupun main2 dia pickup apa yg diajar, bagus la tu.

    Kalau taska ada ajar mcm tadika, lewat msk tadika pn xpe.. Mcm aimy pengasuh ada ajar jgk.. Sbb kalau tnya warna dia kenal gak la. Cuma dia sorang, x terasa la belajar mcm dlm kelas.. Main je aimy tu..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.
    bagus kan bila hantaq ke taska mcm ni

    ReplyDelete
  3. saya perhati anak-anak akak cerdik-cerdik belaka =)
    tahniah, moga mereka terus berjaya di dunia dan akhirat

    p/s-mahal dak anta taska?

    ReplyDelete
  4. Syoknya cikgu prihatin dan tak lokek nak bg msj gambar aktiviti anak2..suka sangatla macam ni kan.. ke saya yang tak pernah minta dengan cikgu diorang? Kalau tak rasanya memang saya tak pernah dapat ni..

    ReplyDelete
  5. Nursery anak saya pon selalu hantar gambar anak2 tgh buat aktiviti.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...