Friday 20 March 2015

pengurusan tekanan


Assalamualaikum....

Hari tu ada la akak sertai program pengurusan tekanan yang dianjurkan oleh LPPKN. makanya balik ofis akak diminta untuk membuat sesi knowledge sharing. akak sebagai penceramah hokeh..adoi lah segala rama-rama dan kumbang dok berterbangan dalam perut ahkak ni tau.

Apalah yang akak nak cakap nanti? fobia dengan microfon pun dah satu hal, slide masa program hari tu pun akak tak ambil,sudahnya akak sediakan sendiri apa yang hendak disampaikan, bolehla dapat maklumat sikit berdasarkan apa yang telah akak tulis masa program hari tu.

teknik-teknik urutan untuk meredakan stress pun alhamdulillah akak tahu sebab selalu praktikkan bila terasa penat membuat kerja-kerja di ofis,jadi agak mudahlah disitu.bahan semua ada tapi diri sendiri yang tak tahu boleh buat ke tidak hahaha... teruk sungguh lah hai





penceramah yang nak cover ketar,jalan-jalan tengok peserta hehehe...kengkonon malas nak bercakap banyak jadi kita buat sedikit aktiviti bagi memeriahkan suasana.Alhamdulillah semua pun nampak happy dan hilang stress agaknya tu,jangan sampai bertambah stress sudahlah hahaha...

Selepas aktiviti itu,kita buat sesi urutan bagi meredakan stress,hajat nak buat menari lagu 'sakitnya tuh di sini',tetapi disebabkan ada peserta lelaki makanya tidak jadilah..malu kot nak menari dengan dress ala-ala snow queen giteww..hahaha

Tak sangka berjaya juga akak dengan kawan akak Nida(terima kasih nida membantu akak ye) sebagai pembantu laksanakan tugas yang diamanahkan hari ini, ye ini cerita pagi tadi..hehehe sempat lagi nak update kan.

Sesapa nak jemput akak jadi penceramah boleh la contact akak..ahahahaha sengal

Wassalam..



4 comments:

  1. jemput betoi2 baru tau hihihi. tapi sesekali bila bg talk gitu syok gak kn hihiji

    ReplyDelete
  2. kalau saya kena benda camni, mau ketar lutut kak
    dah lama tak pegang mic
    last zaman sekolah aje
    anyway, tahniah sebab majlis berjalan lancar =)

    ReplyDelete
  3. Wah.. makin hebat nampaknya akak ni.. kata je takut mic, nampaknya bila dah dapat tak nak lepas ya.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar ya tu.. lepas ni makin kerap la dapat tawaran penceramah ya.. meh dtg sek saya bg ceramah???

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. ceramah berjalan lancar..
    Penceramah comey.. confirm perserta x stress hihi..
    smga ilmu yg disampaikan, diamalkan perserta.. pahala berpanjangan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...