Wednesday 24 June 2015

tanah kubur

Assalamualaikum....

Kecik-kecik dulu mama takut sangat dengan kubur,asal lalu kawasan kubur je pejam mata, tak pun palingkan muka, nak mandi sungai kena lalu kawasan kubur, masa lalu tu berlari tak cukup tanah hahaha...teruk sungguh..Apa taknya dulu-dulu sentiasa dimomokkan dengan cerita yang kubur ini tempat yang menakutkan, cerita-cerita hantu pun banyak berkisar dikawasan perkuburan...kubur berasaplah, kubur berlubanglah..hantu keluar dari kuburlah...macam-macam lagilah yang ada.

Bila umur dah makin meningkat ni..takde dah la rasa macam tu, bila lalu kawasan tanah perkuburan sedekahkan al-fatihah buat mereka yang terlebih dahulu pergi, kita ni akan menyusul juga tapi tidak tahu bila dan bagaimana caranya.





(gambar ehsan sedara-sedara je nih, mama tak amik gambar pun,ini semasa pengkebumian arwah onyang anak-anak (tok papa))

semasa pengkebumian jenazah arwah onyang (tok papa),mama bawa anak-anak ke tanah perkuburan bagi mereka lihat sendiri proses yang dijalankan, waktu ini abang adam dan adrien memang betul-betul tengoklah,tengok papa uruskan jenazah arwah onyang mereka.

Kata acu (mak su anak-anak) adrien banyaklah bertanya,sebabnya acu yang dok mendukung adrien waktu tu..hehehe abang adam lak jemu menunggu, di peginya kacau kambing-kambing yang sedang meragut rumput di kawasan perkuburan tu,dah jemu dengan kambing dia main lari-lari pulak... ish budak ni mama kecik-kecik dulu rasanya mau berkepit dengan mak ni,tapi dia takde heran pun.

Balik dari kampung adrien masih bercakap pasal arwah onyang.." onyang tak ikut balikkan mama?" " ooo..onyang dah masuk dalam tanahkan mama" sendiri bertanya,sendiri yang jawab. memang dalam minggu ni abang adam dan adrien banyak bertanya pasal onyang,jadi mama pun ambil kesempatan untuk menerangkan berkenaan kematian ni pada anak-anak,sama ada mereka faham atau tidak, tidak kisahlah kan.

Pada abang adam juga mama berpesan,selalulah sedekahkan al-fatihah pada onyang,memandangkan abang adam sudah pandai membaca al-fatihahkan, selesai abang adam bersolat juga mama berpesan supaya abang adam berdoa untuk onyang,supaya Allah tempatkan onyang di syurga, sekadar berpesan agar anak-anak ingat, untuk arwah tok dengan wan sebelah mama,mama masih belum dapat memahamkan abang adam sebab abang adam lahir pun mereka sudah tiada jadi tunggu abang adam besar sikit dan sudah boleh faham baru mama cerita semula tentang arwah wan ibrahim bin ahmad dan arwah tok halimah bt jaafar sidek.

Sebenarnya inilah pertama kali mama bawa anak-anak ke tanah perkuburan dan melihat sendiri proses mengebumikan jenazah, sebelum ini memang tidak pernah,ada tidak ada pun mama buka cerita tanah kubur untuk anak-anak tengok, ke kubur arwah mak dan ayah mama pun mama tidak pernah bawa... tanah kubur..inilah rumah terakhir kita

pesanan buat anak-anak mama :

Abang adam, adrien & adelya... mama tidak tahu bila hujungnya nyawa mama ni, kalau dipanjangkan umur, abang adam, adrien & adelya dah besar...belajarlah menguruskan jenazah, mama mahu anak-anak yang menguruskan jenazah mama,mama mahu anak-anak mengimamkan solat jenazah mama nanti...haii tetiba rasa sayu lak hati ini...

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad


Wassalam

Tuesday 23 June 2015

shopping dan melayan anak-anak

Assalamualaikum....

Banyak sangat mama menuliskan,kalau boleh hari-hari mama nak tulis,ada je keletah atau gelagat anak-anak mesti mama nak snap pic dan abadikan dekat sini kan... memang kalau boleh setiap apa yang anak-anak buat mama nak abadikan di sini, mama pernah menulis dahulu bacalah sayang... sebab itu selagi boleh mama akan menulis tentang anak-anak mama

Minggu lepas...bawa anak-anak keluar,misinya hendak mencari baju melayu papa dan anak-anak, kami tuju ke aeon bukit tinggi je,dekat dengan rumahkan,keluar pagi-pagi, orang tak ramai lagi,tapi dengan hero berdua tu memang agak susah juga nak kawal,asyik nak menghilangkan diri je, sudahnya  mama ambil troli letak tiga-tiga dalam troli,baru senang nak berlenggang kangkung hehehe sebab papa yang tolak trolli, ye lah anak dara memang tak bagi mama tolak troli,mama pegang troli je dah marah, papa je boleh tolak troli tu hehehe senanglah mama.

nak mencari baju melayu ni satu hal memang kena pusing keliling,lepas tu kena cari yang menepati selera papa dan yang paling penting saiz untuk kesemua hero mesti ada, jumpalah satu kedai, papa dah berkenan dengan kainnya yang lembut dan sejuk...syarat untuk membeli, saiz untuk semua mesti ada, nak baju melayu johor sahaja,teluk belanga tak mahu... hehehe,alhamdulillah jumpa,tapi ada dua pilihan warna,papa memang dah tetap nak pakai pink tahun ni,tetiba abang adam berkenan warna biru, terpaksalah memujuk abang adam,sebab mama dan adelya dah buat baju pink, nak tukar biru membazir pulakkan..jadi pilih juga warna pink,walaupun pinknya berbeza dengan mama dan adelya, tak kisahlah janji pink, susah juga nak cari warna yang betul-betul samakan...hehehe

legalah semua dah settle...beli baju melayu je,t-shirt dan jeans pakai je yang mana ada, lagipun masih banyak baju yang baru,mama pun..baju kerja banyak yang masih cantik dan ok,orang kampung tak tengok lagi, jadi pakai sahaja yang mana masih nampak cantik tu hehehe...cantik pada mama lah ye


 selepas selesai membeli tak sempat nak belah..anak-anak meminta untuk bermain di sini, ok le moh kita main seround dua hehehe..semangat sangat nak masuk dalam ikan nih,tetiba ikan tu bergerak dah memasing pucat lesi,abang adam yang berani pun jadi tak berani,kenapa ntah..mungkin betul betul menakutkan tu, adrien lagilah, siap gigit jari, lepas tu muka dah cuak,minta mama angkat turun heheh



ok yang ini adrien naik,abang adam bawa, itupun muka adrien nampak cuak juga...hehehe gambar masa gembira memulas stereng itu adalah lakonan semata-mata mini bus itu tidak bergerak pun hehehe, adrien takut bila benda-benda itu bergerak, jadinya senang je lah, bagi je naik semua tanpa perlu membayar hahaha, jimat duit...

selesai semua...anak-anak pun dah berpuas hati, marilah kita pulang.

Pesanan buat anak-anak mama :

Hiduplah dengan cara kita, bersyukurlah dengan apa yang kita ada, tidak perlu melihat orang yang diatas,kerana takut kita juga ingin merasa lebih,tetapi kita tidak mampu, jadi lihatlah orang yang dibawah kerana itu lebih membuatkan kita berfikir dan bersyukur dengan apa yang kita punya sekarang.

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad


Wassalam

Monday 22 June 2015

cerita dalam kereta

Assalamualaikum...

banyak sangat ye cerita mama sampai berentri-entri...hehehe tergila kuasa pulak, ok lah sekarang berbalik pada cerita buah hati pengarang jantung mama yang bertiga tu...

Hari ni genaplah usia anak dara mama adelya azra 1 tahun 10 bulan, 2 bulan lagi dah 2 tahun, alahai.. sekejap je rasa masa berlalu, adelya pun dah bermacam akal dia mama tengok.

Bab bergaduh dan berdengki dengan abang adrien jangan cakaplah, ohoiii...sesak je nafas mama tengok bila mereka berdua berbalas pukul memukul, adelya sekarang kuat mencubit pula tu, pantang silap sikit,abg adrien pun jadi mangsa cubitan adelya tu, tempatnya mana sempat je, biasa tangan dan belakang abg adrien yang menjadi mangsa,sampai menangislah abg adrien dibuatnya, pernah juga mama kena cubit hmmm... patutlah abg adrien menangis, berbisa rupanya cubitan adelya ni, sakit wooo...



berdengki dengan abg adrien, ini masa pergi kuantan hari tu, elok-elok je abg adrien baring atas riba acu(adik ipar mama yang bongsu),adelya tengok je terus dia ke bahagian belakang,selamber dipijaknya perut abg adrien, pastu berebut nak baring atas riba acu juga, hai macam-macam adelya ni tau...


gambar kiri dalam kereta masa balik dari fraser's hill, itu bergaduh juga dengan abg adrien, elok-elok abg adrien dok tengok citer upin ipin,adelya terus ke belakang rampas tab,kemudian laju-laju ke depan, muka bangga je dapat rampas tab tu, heee...geram mama dibuatnya teruslah kecoh dalam kereta tu, abg adrien bising dok minta tab " baby..yeyen nak tab" " tak oyeh..." kata adelya.
Tengoklah headband yang mama beli, tak sampai seminit lekat dikepala, dia lekat dekat ketiak je berjam-jam, kalau pakai topi, takpe pulak dia nak cabut, elok je lekat kat kepala tu lama-lama..hadoiii,itu pakai topi upin ipin abg adrien.

Kalau dengan abg adam memang baiklah, kalau tengah makan apa-apa dalam kereta, abg adrien mintak, jawabnya "tak oyehhh" kalau abg adam minta,laju je dia hulur bagi kat abg adam, kalau abg adrien buat dia pun,pergi mengadu dekat abg adam "abg..ngok yeyen buat" sambil nangis "ok..abg gosok ye" kata abg adam sambil gosok tempat yang abg adrien pukul. " dah...dah.." sambil pujuk adelya supaya berhenti menangis.

Buah hati papa ni...kalau tak nampak papa je sibuklah tanya " mama..ane papa?" selagi tak nampak selagi itulah tanya, bila abg adam cakap je "tu..papa dah balik" terus melompat-lompat " ye..ye.. papa dah alik" kemain gembira lagi adelya, kesayangan papa nih, buat nakal sikit pun tak kena marah. semalam ditumpahkannya susu tepung yang mama isi dalam tupperware untuk dibawa ke taska ke atas sofa, adoii menyirap mama tengok, kali ni bekerjasama pula dengan abg adrien, siap dicedoknya susu tu, siap cakap " mama...ini yen cedok tanah ni" amboiii...tanah katanya??? dah ditabur-tabur susu tu macam main korek pasir tepi pantai..menyirap mama...pakatan budak bertuah dua orang ni lagi dasat nih,mama kena bersedia, ntah nanti apa pula mereka nak buat.ada sajalah idea budak-budak bertuah ni tau...

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad


Wassalam

Sunday 21 June 2015

berbuka bersama

Assalamualaikum...

Sabtu lepas, berbincang adik-beradik nak berbuka bersama-sama...riuhlah wasap group tu, macam-macam yang dibincangkan, apa menunya. Mulanya ibu (kakak mama) tidak mahu buat dirumahnya kerana sibuk menjahit dan tidak sempat hendak memasak katanya, jadi mama bagi cadangan..kita pot luck saja.

Jadi macam-macamlah cadangan yang ada, ada yang bernas ada yang menggelikan hati.. sesekali bising jugalah group yang sunyi ni, group wasap ni, kalau ada isu berbangkit je bising kalau tidak sunyilah, sebab group yang ini bercampur semua,ipar duai dan biras-biras..untuk bergosip geng perempuan je, kami adik-beradik perempuan ada satu group lain...hehehe.

kadang tersalah hantar dekat group sebelah bisinglah abah(abang ipar) hehehe..terus cakap...salah group ke? abah pun sibuklah nak buka group khas untuk biras-biras je..haiii berapa punya banyak group daaa...ada setengah memang mama tak aktif pun, yang aktif hanya dekat family group je, yang lain-lain tu, kejap ada kejap takde... ehhh melalut ke lain pulak ceritanyan..



tengoklah daripada berbincang nak bawa makanan terus melalut ke lain, mulanya papa lah cakap dia nak bawa ais batu je, terus yang lain pun melalut, nak bawa bekas ais batu je la, bawa batu la, datang dekat maktam (manja) nak bawak bakal suami katanya...adoiii, adik ipar mama daddy(daniel) siap nak bawa tok kadi...hahaha macam-macamlah...

Jadinya sabtu tu..berbukalahkami adik-beradik bersama-sama di rumah ibu, ibu masak nasi dan goreng sayur campur, mommy(adik mama) buat ayam penyet beserta sambal..sedap amattt, mama pula mulanya semua minta buat rendang kerang,cari-cari kerang takde dikedai, terus tukar buat sotong goreng kunyit special je..hehehe, makngah (kakak mama) bawa daging dendeng, manja beli kuih muih,makdak (dila) bawa murtabak, air buat sendiri dan beli air tebu...mewah makanan ye... tapi tiada pembaziran sebab kami ramai, cuma pak jang dan pakcik je yang tidak sertai berbuka puasa ini.

Suasana sebelum berbuka itu sangat gamat...adoi macam-macam gelagat yang ada, tiba waktu berbuka senyap sunyi, harus jiran sebelah bengang hahaha dengan keriuhan kami,makan berebut memang seronoklah...habis je makan terus suasana kembali bising dengan suara anak-anak, pulak tu daeisha(anak buah mama) buka khemah yang mama belikan, nak juga khemah macam adelya makin gamatlah semua pakat nak duduk dalam khemah tu, mujur besar juga khemahnya, duduklah beramai- ramai.

Sesekali berkumpul beramai-ramai memang seronok, dapatlah hilangkan sedikit kerinduan dihati...
Moga kasih sayang dan hubungan erat kami adik-beradik berkekalan hendaknya...aaminn

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad


Wassalam

Saturday 20 June 2015

status yang mengundang..

Assalamualaikum....

Mama jarang sangat buka fb, update status pun jarang,kekadang terfikir nak delete je akaun fb tu..tapi terkadang rasa sayang pula sebab ramai juga kawan-kawan kat dalam tu walaupun jarang nak bertegur sapa...

malam ramadhan pertama,mama di taged dalam satu status...tetiba mata pedih dan berkaca,hidung pun turut berair,siapa hiris bawang nih malam-malam??? tak sedar airmata mengalir ke pipi.. kesedihan yang tak terucap, tahun yang ke lapan tapi terasa seolah-olah baru semalam semua itu terjadi...hanya al-fatihah yang mampu dikirim dan doa semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...





inilah status yang mengundang airmata mama...sedih..terlalu sedihhh 8 tahun lepas masa berbuka puasa mama menangis macam nak gila...ntahlah bukan tak redha cuma mungkin belum bersedia untuk kehilangan lagi, apatah lagi arwah mak baru pergi sebulan,kini ayah pula dijemput Ilahi..akal waras mama tak mampu berfungsi,menangis sesungguh hati.

mereka pergi dalam keadaan kami belum bersedia..tetapi apakan daya walaubagaimana sayangnya kami adik-beradik kepada mak dan ayah,namun Allah lebih sayangkan mereka,percaturan Allah lebih baik...kami adik-beradik redha dengan semua ketentuan ini, cuma sekarang ramadhan dan syawal terasa lain tanpa mereka, kalau dulu bila bersahur...suara emaklah yang gigih mengejutkan kami adik-beradik,bila nak berbuka kalut juga memasak makanan kesukaan anak-anak,begitu juga bila tiba raya, segala juadah kesukaan anak-anak sendiri mahupun anak-anak jiran mereka kalut sediakan...
lemang pak berahim,kuih makmur mak limah, rendang mak limah...antara juadah yang dinanti dipagi raya, bukan saja kami anak-anak tapi jiran tetangga..

8 tahun berlalu...masih merindui masakan mereka..arwah mak dan ayah orang perak, bila anak-anak suka makan lompat tikam,kalut mak belajar dengan makcik sebelah (orang kelantan) cara buat lompat tikam...hehehe gigihkan mak ni demi untuk anak-anak..ayah walaupun tak nampak berusaha, tapi ayahlah yang sibuk membeli bahan untuk mak masak bagi memenuhkan perut anak-anak.. mintalah nak makan apapun pasti akan ditunaikan...air tangan mak,masak apapun sedap,walaupun hanya nasi bersama garam dan sedikit mentega, laju juga menyuap ke mulut.

ramadhan dan syawal tidak sama lagi tanpa mereka...rumah itu sunyi walaupun penuh gelak ketawa, rumah itu sepi walaupun penuh suara bercerita...mama pun jarang balik,hanya sesekali singgah menjenguk rumah, raya pun lebih banyak di rumah mentua,lantaran adik beradik yang lain semuanya pulang awal...untuk apa mereka bercuti lama,jika tiada emak dan ayah..berlama-lama di rumah itu pasti mengundang memori lama...setiap sudut rumah pasti terbayang wajah mereka...

Ya Allah...sesungguhnya aku redha dengan semua ketentuan ini, cuma adakalanya aku rindu..terlalu rindu...mata mama sudah berkaca sedikit lagi empangan ini pasti akan pecah, mama perlu berhenti..

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad

Wassalam

Friday 19 June 2015

hadiah ramadhan

Assalamualaikum....

syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan ramadhan kali ini, semoga ramadhan kali ini menambahkan keimanan dan membawa bersamanya kerbekatan kepada kita serta membuat kita lebih tamakkan pahala...

seronokkan dapat merasa kemanisan ramadhan,berterawih, bertadarus, berlapar dahaga,bersahur berbuka,bersedekah dan sebagainya lagi,ramadhan.. inilah bulan untuk kita menambahkan amalan dan pahala...mama macam biasalah sejak bertahun masih belum berkesempatan untuk bersama-sama berterawih di masjid,mungkin tunggu anak-anak besar dahulu, kenapa tak bawa je anak-anak? nak bersolat biarlah kusyukkan..nanti tengah bersolat mama dok fikir dimana anak-anak?bermain bersama kawan-kawan,takut nanti pergi ke jalan pula...takut juga menganggu solat orang lain...haishh macam-macamlah yang mama fikirkan..teringin sebenarnya untuk bawa anak-anak tapi mama akan tunggu sehingga anak-anak boleh mendengar kata dan pandai menjaga diri...(ini bagi mama ye.. mama suka je tengok orang bawa anak kecil ke surau,nak pulak anak itu mendengar kata...tapi tidak anak-anak mama, hanya mama yang kenal anak-anak mama kan)

menyimpang pula cerita mama ni...hadiah ramadhan apa tu ye? rabu, sedang mama bekerja..papa wassap location, amboiii...dekat kedai tudung aidijuma, katanya teman adik ipar membeli tudung yang orang order...mama pun sajalah.." belilah tudung barang 10 helai untuk pakai raya" lepas tu dapat mesej lagi " nak ke?" tanya papa... boleh je.. jawab mama sambil senyum...hehehe

4.30pm laju je punch, sampai bawah tengok papa dah sedia menunggu,masuk je kereta terus pusing-pusing tengok..takde pun tudung...kata mama dalam hati,muka yang tadi senyum dah bertukar sikit.. sekali tengok ditangan papa "amboiii...dia beli jam baru" papa senyum sengih je... " kata nak beli dekat orang juga,mananya?" terus mama bertanya " hai...mike teman dah belikan tudung jadilah" "mana tudungnya?" terus papa keluarkan sesuatu dari bawah kerusi...

"orang nak sehelai je,kenapa beli dua?" " tu beli satu dapat satu percuma" " aikk..boleh pula macam tu?" "tengoklah siapa yang beli" hahaha...mama tahu papa ni memang macam tu,kalau beli apa-apa mesti tanya free gift ada tak? yang tudung mama ni  tak tahu lah betul ke tidak yang satu ni dapat free..hehehe tapi takpe lah rezeki mama...bila mama angkat je tudung-tudung tu,dekat bawahnya terdapat satu bekas lagi...wahhh satu lagi hadiah..senyum lebarlah mama, terus pakai, cantik-cantik.. sekali mama kata " laaa...nape tak betulkan dia punya waktu ni,dah dekat pukul 7,sekarang baru pukul 4.50" "mike ni cuba tengok betul-betul,ni jam hijra lah, pusingan jarum tu berlawanan dari jam biasa, ini ikut pusingan islam tu"... ooooo... terus panjang muncung mama, haishh kena biasakan dirilah lepas ni, tengok jam ini...



kata papa " jangan hilang pulak " terus mama sedih... bukan sedih dengan kata-kata papa tapi sedih bila teringat jam lama, jam yang papa beli sempena mama lahirkan abang adam, merangkap hadiah anniversary, tetapi hingga sekarang mama tak tahu jam itu dimana..jam yang mungkin mama sendiri tidak akan beli kerana harganya rm....(mama pun taktahu harganya,tp kawan2 mama siap pergi kedai jam untuk tengok harga jam itu) mama tak kisahkan harganya tapi mama sayangkan jam itu kerana nilai sentimentalnya tu, harap-harap bila berkemas rumah nanti akan jumpa...mama sayang jam itu..

papa ni memang bukan seorang yang romantik,apatah lagi nak buat bergurau melawak dengan kita, tapi mama tahu papa sayangkan mama dan anak-anak...inshaAllah... bila kita cakap inginkan sesuatu mesti papa akan tunaikan walaupun lambatkan...macam jam ni dah lama sebenarnya papa nak beli tapi belum rezeki, sekarang ni papa ada rezeki lebih, itu yang papa beli...pernah dulu papa nak beli enpon yang agak mahal, tapi tak jadi beli yang papa nak tu papa beli enpon lain yang lebih murah sebab kata papa,kalau beli yang mahal mama pula tak dapat enpon baru,jadi ambil yang murah dapatlah untuk mama sekali... hehehe

pssttt...bukan nak menunjuk mama dapat hadiah tau, saja nak melahirkan rasa gembira, berkongsi cerita di sini... supaya nanti boleh menjadi contoh buat anak-anak...ambil contoh yang baik dari sikap papa ye...

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad

Wassalam

Wednesday 17 June 2015

makanan dan ujian

Assalamualaikum....

salam ramadhan buat semua, moga ramadhan kali ini membawa bersamanya keberkatan buat kita, moga ramadhan kali ini bertambah amalan dan mendekatkan kita pada yang Maha Esa.

seperti yang mama pernah beritahu, kalau dapat je gaji atau payment papa, memang mama papa akan bawa anak-anak makan diluar, minggu lepas alhamdulillah...papa dapat payment, petangnya papa ajak bawa anak-anak pergi makan, macam biasa papa akan tanya.. nak makan apa? selera akan ikut selera anak-anak..

teringat kawan pernah beritahu satu kedai di seksyen 7, jadi sempatlah mama menggoogle... mudah saja nak jumpa sebab papa tahu kawasan seksyen 7 tu..



makanya disinilah mama papa dan anak-anak bersantap..masita steak house, blok M, jalan plumbum v/7v...berhampiran giant. tengok menu pun dah tahu kan pilihan siapa...  makanan semuanya ok..harga pun bagi mama berpatutanlah...harga semua makanan diatas rm57.90 sahaja, kira oklah tu kan...hehehe

maaflah sebab selalu jugak menunjuk gambar apa yang mama papa dan anak-anak makan..bukanlah nak menunjuk kami berduit atau makan yang sedap-sedap je, ini makan sebulan sekali je, memang sebagai reward untuk diri sendiri dan anak-anak, bagi mama papa rezeki yang dicari memang untuk anak-anak, apa yang mereka hendak makan,inshaAllah akan ditunaikan, permintaan selain dari makan perlu dipertimbangkan.

bukan apa..teringat zaman susah dulu,pernah disuatu majlis yang terpaksa dihadiri...ada dijual makanan, anak-anak tengok anak-anak orang lain makan sambil telan air liur, minta untuk dibelikan tapi mama tidak mampu untuk membeli,pada hal makanan itu cuma berharga rm2 saja, tetapi malangnya dalam purse mama waktu itu,bukan kata rm2 tetapi rm0.20 pun tiada..begitu juga papa, ambil risiko juga keluar menghadiri majlis, dengan isyarat minyak di kereta sudah berwarna oren.
masa melihat wajah anak-anak menelan air liur tu,mama rasa hendak meraung, tetapi mama tabahkan diri, menangis didalam hati saja. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya begitukan sebab itulah bila ada duit mama papa akan belanja anak-anak makan mengikut selera mereka..tapi kadang-kadang ikut selera mama juga hihihi

menceritakan pasal kesusahan ini juga bukan hendak menunjukkan yang kami sahaja susah...tidak, ini hanya sebagai ingatan disuatu hari nanti,mama tahu setiap orang juga punya ujian yang tersendiri, ada yang diuji tidak mempunyai suami,ada yang diuji tidak mempunyai zuriat, ada yang diuji dengan kesenangan ada yang diuji dengan kesusahan, semua orang diuji, cuma caranya berbeza dan bagaimana pula kita menghadapi ujian itu...kami diuji dengan kesusahan dari segi kewangan, segalanya perlukan catuan, nak makan pun berkira,kadang-kadang sampai ikat perut...mungkin sebab tu mama kurus sampai sekarang hehehe...ada lagi ujian yang lebih hebat...tapi rasanya cukuplah dulu setakat ini...

apapun.. ujian ini...mengajar kita erti kesabaran,mengeratkan perhubungan dan yang lebih penting mendekatkan kita pada yang Maha Esa... bila diuji berbaliklah pada yang memberi ujian,pasti kita lebih tenang,menangis,mengadu hanya pada yang Maha Esa.

 Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad

Wassalam

untuk info

Assalamualaikum.....

entri ini ditulis sekadar untuk info bagi entri mama bercuti di fraser's hill dan cerita tentang papa

ada yang tanya fraser's hill tu di bukit tinggi ke?

fraser's hill dan bukit tinggi berbeza :

fraser's hill bangunannya english style kalau di bukit tinggi pulak ala-ala perancis gitu...

fraser's hill...inilah trademark nye...hehehe


 bukit tinggi pulak.. ala-ala perancis, tak nampak pulak bangunannya hehehe
gambar lama ni..


boleh juga sewa kimono untuk bergambar, fefeeling gadis jepun la kita.. masa pergi ni abang adam baru berumur 2 bulan kalau tak silap...




untuk jadi marshal di sepang tu... menurut apa yang en.azmi bagitahu akak lah.. perlu menghadiri kursus selama beberapa jam dan perlu menduduki satu ujian yang perlu betul menjawab hampir kesemua soalan barulah akan dapat lesen marshal tu...kursus tu masa en.azmi dulu dibuat oleh AAM.. sekarang akak tak tahulah masih sama atau tidak...

kalau ada yang perlu akak tambah nanti akak tambah ye..hehehe

wassalam

cerita tentang papa

Assalamualaikum....

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ini dan andai umur mama masih panjang dapatlah mama berpuasa esok.

Kali ini mama nak bercerita sedikit tentang papa, papa yang anak-anak kenal ini...sangat garang orangnya kan?silap sikit kejenye nak merotan saja,haiii...geram juga mama dibuatnya.

Papa anak-anak yang mama kenal ni penyabar orangnya, kuat berusaha dan tak mudah putus asa...
dari zaman bujang lagi, macam-macam kerja yang papa dah buat, papa pernah jual burger malam-malam dengan kawan-kawan dia,masa zaman kerja kilang dekat delloyd dulu. itu masa papa duduk klang. pernah juga papa kerja dekat marry brown.

masa papa duduk seksyen 24 shah alam, bulan puasa je, papa tolong kawan papa meniaga mee rebus di bazar ramadhan seksyen 18 shah alam, peliknya bertahun mama duduk seksyen 18 tu dan pernah juga ke bazar tersebut tapi tak pernah pun terserempak dengan papa,duduk pun dah dekat tu. mungkin masa tu mama hanya nampak makanan je dan tak pedulikan orang sekeliling hahaha... lagi pulak masa tu papa kan berambut panjang,macam mana mama nak cam hehehe.

papa juga pernah menjadi marshall di litar sepang, minatnya tu sampai sekarang, hinggakan mama pun terpaksa tengok kalau ada formula one dengan moto gp dekat tv tu tau,bukan mama saja anak-anak pun terpaksa tengokkan..sampai mama kenal la juga pelumba motor dan kereta tu, tengoknya bukan setakat hari berlumba,masa qualifying pun papa tengok, nak tentukan petak, masa berlumba je pun...ohoiii berbulu je mata kan,tapi nak buat macam mana dah papa minatkan..

pernah juga mama suruh papa renew je lesen marshall tu, sebab minatkan jadi mama tidaklah menghalang dan kerja itu bukanlah setiap minggu, cuma bila ada perlumbaan di litar sepang je dan kerjanya hanya pada jumaat,sabtu dan ahad sahaja,tapi buat masa ini papa tidak mahu dan lesen marshall papa tu masih tersimpan didalam stor.

papa ni kalau nak kerja bank memang boleh sangat rasanya,sebab dulu papa ambil kursus bank,tapi lepas tu peram sahaja sijil kursus tu jadi pekasam,bank panggil interview pun tak pergi, katanya bukan jiwa dia nak kerja duduk ofis macam tu, hai...macam tu pulak, abis tu kenapa habiskan duit ambil kursus? katanya saja nak ikut kawan...boleh pulak macam tu ye,tapi takpe lah dah memang papa tak minatkan, jadi buatlah apa yang papa minat.




ini masa mama dan anak-anak teman papa pergi kerja di ulu klang, ada masalah masa ni, kesian papa pergi sorang malam-malam jadi mama offer nak temankan, bawalah anak-anak,saja nak teman papa nanti bosan drive sorang-sorangkan. masa tengah menunggu papa buat keje tu, mama pun bercakaplah dengan anak-anak masa anak-anak bertanya " tengoklah papa buat kerja macam tu,malam-malam,susah..semua tu sebab nak cari rezeki untuk kita, untuk beli makanan abang,beli baju abang..." " beli mainan lego abang..." belum sempat mama abis cakap abang adam dah sambung, jadi baguslah abang faham maksud yang cuba mama sampaikan...hehehe

buat anak-anak mama.....ambil contoh yang baik dari sikap papa yang  tak pernah putus asa, walaupun papa pernah cerita yang papa pernah berkecil hati pada cerita lama, mama cakap lupakan saja...ada hikmah disebalik semua itu...inshaAllah. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat papa...

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad


Wassalam



Tuesday 16 June 2015

jom berkhemah

Assalamualaikum....

pernahkah berkhemah? mama pernahlah sekali ikut orang pergi berkhemah, meredah hutan dan sungai sebelum sampai kawasan perkhemahan tu, seronok juga lah, tapi kurang seronok dengan beberapa orang yang menyertai perkhemahan itu... lupakan pasal perkhemahan mama tu.

mama nak cerita pasal perkhemahan anak-anak...wahhh kecil-kecil lagi mama dah bagi anak-anak pergi berkhemah ke? hehehe...



seronok anak-anak dapat berkhemah bersama-sama, tengoklah adrien tu siap berbaring minum susu dalam khemah, ok lah juga muat-muat untuk mereka bertiga duduk baring dalam tu, mama papa join jadi sempitlah huhu...

petang semalamlah...saja berjalan dekat mr diy,giant kemuning, sekali tengok ada 2 khemah tergantung diatas.. satu pink,satu biru, yang biru itu pun menarik hati juga, ikutkan nak je mama rembat kedua-duanya, tetapi hanya satu saja diberi pilihan, memandangkan abang-abang sudah dibelikan kasut,adelya punya belum jumpa kasut yang mama berkenan,jadi mama beli khemah pink, supaya nanti adelya juga mendapat sesuatu walaupun bukan kasut...

jadinya semalam berkhemahlah 3 beradik tu didalam rumah sahaja, khemahnya mudah dipasang dan mudah juga disimpan siap ada beg lagi, kata papa bolehlah nanti dibawa jika ke pantai...alaaa khemahnya ringan,nanti mudah saja diterbangkan angin. berangan saja entah bila lagi hendak ke pantai pun taktahu lah.

apapun moga anak-anak lebih seronok bermain dengan adanya khemah baru, sesekali perlu juga berikan permainan yang luar dari kebiasaan mereka bermainkan, asyik-asyik lego, mama pun bosan juga,tambah-tambah bila mama terpijak lego yang kecil-kecil..aiii...menyirap juga dibuatnya, haaa... dapat khemah ni,mama tengok corak permainan anak-anak juga berbeza...abang adam jadi ayah, adrien jadi mak..adelya masih tetap jadi baby...pandai pulak mereka berfikir tu...hehehe, siap ayah bawa bas pergi memancing, sofa itu dijadikan bas...hehehe layankan saja.

Bermain adalah hak anak-anak jadi biarkan mereka bebas bermain dan meneroka...kalau mama dulu pun selagi tak senja tak balik rumah, cuma anak-anak sekarang mama biarkan mereka bermain di dalam rumah sahaja, bawa ke taman pun tidak...

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad

Wassalam

Saturday 13 June 2015

fraser's hill sehari semalam

Assalamualaikum...

haaa inilah tempatnya yang mama papa bawa anak-anak bercuti hehehe...mulanya nak bawa ke cameron highland sebab anak-anak suka sangat nak petik strawberry,tapi kata en.azmi macam jauh pulak nak pergi.lagipun tak pernah pergi lagi fraser's hill ni,jadi buat keputusan bercuti di sinilah, jadinya berbincang berdua nak duduk mana,pilihlah hotel yang berkenan, call shahzan inn tapi untuk tarikh mama pilih tu dah penuh,cuba pula di puncak inn, alhamdulillah ada kosong, terus booking.

hari isnin tu, terus siap-siap dari kampung,walaupun hari itu FIL ada buat masak-masak untuk tahlil arwah tok,tapi memandangkan percutian ini telah dirancang makanya kita teruskan,lagipun kata mak mentua, tak apalah masak sikit je. Sebelum bergerak ke fraser's hill tu sempatlah makan tengahhari dirumah dulu, pantas betul abang ipar mama tu memasak...hahaha,siap je terus kami anak-beranak bersila makan...cantik sungguh,tapi memang dari awal perkahwinan lagi begitu,jarang sangat mama memasak bila dirumah mentua.jika ada permintaan baru mama memasak...wahhh gitu.

Dari kampung ke fraser's hill tu tidaklah mengambil masa yang lama,sebab dekat jugalah kan, dari simpang jalan nak ke atas tu adalah dalam setengah perjalanan mendaki,cuak juga mulanya sebab lepas je signboard fraser's hill lepas tu takde lagi signboard,nampak bentong,k.l je..papa kata salah jalan ke ni? takkan salah jalan kot? tapi tetap teruskan perjalanan,dah lama sikit baru ada signboard, fraser's hill 14km. jalan sehala untuk naik tu agak mencabar juga,hujan pulak tu,jalannya sempit.mujurlah adrien tidur...hehehe adrien dahla jenis tak boleh jalan pusing-pusing,nanti pening..


dah nampak tulisan tu, baru rasa lega...mama pun dah naik pening dengan jalan berliku-liku tu. sampai je terus chek-in dulu. cantik ruang bawah ni english style, kawasan pun bersih je, tapi takde lif ye kenalah panjat tangga,mujur bilik ditingkat dua je.


yang mama ambil ni junior suite,ok biliknya bersih dan agak besar,sesuailah dengan keluarga kami ni, ada la ruangan untuk anak-anak bermain,sebelum ke ruangan bilik ada satu ruangan kecil macam ruang tamu, terdapat meja kopi dan sofa panjang seperti gambar diatas yang adrien gigih melompat tu.cermin tu juga terdapat diruang tamu tersebut.

katil ok..besar,cukuplah untuk kami 5 beranak ni tido..hahaha masih selesa,ada tv dan juga astro, siap ada channel movie lagi, hai seronoklah..lepas letak semua barang dan bersolat. jom ler turun ke bawah tengok kawasan sekitar.


tempat yang mesti bergambar bila ke sini rasanya hehehe, mercu tanda fraser's hill ni. nak snap pic pun agak susah,biasalah dengan anak-anak ini,tengoklah abang adam tu, tak habis-habis dengan gaya robotnya tu,mujurlah jalan disitu tidak sibuk,jadi tidak risau anak-anak berlarian dijalan.



gaya anak-anak bila mama nak snap pic, tengoklah gambar atas tu bukan nak pandang mama...tapi gambar sebelah atas tu,buat mama tergelak, ceritanya bila semua buat hal memasing bila mama nak snap pic,papa pun kata " siapa duduk tak elok,jomlah kita balik sekarang" serentak tiga-tiga pandang papa,siap cakap "tak nak" hahaha...comel sangat mama tengok, dengan adelya sekali tu menjawab macam faham je apa papa cakap.

lepas tu. jalan-jalan lagi,tengok orang berjalan ramai-ramai macam best je, tapi bila berjalan sikit dah rasa penat...ohoii dengan anak-anak lagi,mama terus bagi cadangan kita naik kereta je hahaha


tempat yang dituju selepas itu allan's water, tema hijau gitu anak-beranak..hehehe sesekali ye, boleh naik bot disini dan naik belon besar tu, tapi kami tak naik pun cuma jalan-jalan pusing-pusing je, nak naik bot tu 2 orang 1 bot RM8.00 untuk 15 minit.

kemudian ke sini pulak


dekat je..bersebelahan dengan Allan's water tadi, ingatkan nak petik strawbery, rupanya strawbery tak berbuah lagi,lagipun tempatnya kecil saja.mama rasa jika hendak masuk ke sini dikenakan bayaran sedikit pun ok, bukan apa duit itu boleh juga digunakan untuk memperbaiki kawasan dalaman sini, kalau dikemas sedikit tentu lebih cantik dan menarik. sekarang ni mama lihat tempatnya agak kotor dan kurang menarik,ditambah pula dengan lepas hujan,jadi becak denga selut. cadangan mama je lah hehehe...macamlah tuan empunya tempat ni membaca blog mama ni kan..ralat juga sebab anak-anak dah eksaited nak petik strawbery,nantilah kita ke cameron pula ke...ye anak-anak.

setelah itu berpusing-pusing nak cari the paddock tu tapi tak ketemu...jadi moh le kita bersantap dulu sebab perut pun dah lapar, kata papa esoklah pulak kita berjalan ye anak-anak. kami makan di kawasan food court dekat taman awam tu je, dari pembacaan ramai yang cadangkan makan di arzed restoran, cari-cari jumpa.


alhamdulillah...makanannya tidak mengecewakan,papa  minta nasi goreng kampung dengan telur dadar, sedap katanya,mama minta nasi goreng thai siap ayam goreng dengan telur goreng..pun sedap untuk anak-anak fries dan nugget,semua makan licin...waktu tu sudah petang dalam pukul 6 kabus agak tebal,dengan cuaca yang cukup sejuk,mungkin sebab hujan sebelumnya, tengoklah gambar abang adam tu,kena paksa bergambar dengan mama la tu, adrien terus takut nak bergambar, nampak tak pokok tinggi belakang abang adam, adrien kata itu rasaksa...hahahah " yen taknak mama,ada rasaksa tu.."..tu lah tengok cerita otromen banyak sangat...

kenyang perut, balik bilik je lah sebab tidak tahu nak kemana lagi petang tu, malamnya tiada apa-apa aktiviti,cuma dibilik..

aktiviti anak-anak, sambil mengacau papa membuat kerja, sempat lagi tu bercuti pun nak buat kerja, buat report katanya, nanti hantar lambat,payment pun lambat...ye lah, buatlah...

hari kedua...

sarapan pagi dipuncak inn...sempat lagi anak-anak bawa segala robot dan kereta mainan...hoihhh mama nak makan pun tak senang, sudahnya segelas air tertumpah...urut dada je lah mama, nak buat macammana kan ada anak kecil, tumpah tu bukan sebab terlanggar,tapi lepas minum nak letak cawan terletak atas piring terus senget dan tumpah...



menyedut udara pagi yang nyaman...sambil-sambil tu ambil gambar bangunan yang ada disitu, menarik mama rasakan bercirikan inggeris, tengoklah balai polis,klinik dan pejabat pos tu..comel sangat mama rasa..eh eh ada jenayah ke dekat sini hehehe...

mama pun teringin nak bergambar kat sini,hari kedua baru dapat bergambar...

si comel mama yang berdua ni, hai ada saja keletah mereka ye, tengoklah gaya bergambar tu, ini masa berbaik-baiklah ni.

semalam mencari the paddock tak jumpa,pada hal kawasan ini bukanlah besar manapun kan hehehe akhirnya auntie yang sedang sapu sampah tu suruh mama minta map dekat puncak inn..hahah kenapa semalam tak ingat nak minta? dah dapat map tu senanglah


sebenarnya mama rasa kalau ke sini geng-geng bujangan lagi best kerana ada aktiviti yang lasak seperti jungle trekking dan berbasikal,pastu lebih kepada aktiviti bersama alam gitu...hehehe antara trail yang ada di sini the bishop trail..yang lain adalah the pine tree trail, the kindersley trail,the abu suradi trail, the mager trail, the rompin trail dan beberapa trail lagi.
dan ada tempat-tempat yang boleh kita melihat burung-burung,seperti gambar diatas mana yang ada gambar teropong tu maknanya tempat untuk tengok burunglah, mama dapat tengok burung tak? hmmm mama dapat tengok ni je....


monyet..semangat anak-anak suruh mama ambilkan gambar monyet nih...glemer kau jadinya monyet...hehehe


dapat map baru jumpa the paddock nih..pada halnya semalam dah jumpa jalan ni tapi takut nak masuk, kata papa eh..tu ada signboard kkb, k.l kang turun-turun terus ke kkb tak boleh nak patah balik lagi, rupanya memang ikut jalan ni pun...adoiii tapi takpe lah kan, adrien semangat nak naik kuda,tapi abang adam takut,lepas naik kuda terus minta nak main golf,amboi tak agak-agak adrien nak main golf.


selepas naik kuda,kononya nak memanah, sekali katanya budak-budak tak boleh memanah,hai macammana nak memanah kalau dah busur panah tu pun dah lebih tinggi dari abang adam, teruslah menangis meraung kat situ juga..aii sudahlah.macammana ni? adelya juga yang rilek dok atas kerusi tengok abang menangis...huhuhu, setelah emosi stabil, teruskan perjalanan, takde kemana dah selepas itu,terus balik bilik kemas beg,kata papa perlu singgah ke rawang pula untuk ambil report. kalau lambat hantar nanti payment lambat...sebabnya last hantar report rabu, esoknya lah kan..jadi taknak lah lambat..so marilah anak-anak kita pulang. nanti kita rancang cuti yang lain pula.

itulah kisah cuti-cuti family mama yang tak seberapa... mama tanya abang " seronok tak dapat duduk hotel?" sebab sebelum ni abang ada kata nak duduk hotel kat mama. " ok lah, tapi abang nak hotel lagi besar" amboiii...hotel apa tu lagi besar...hehehe macam-macam la anak-anak ni


puncak inn ini dibawah perbadanan kemajuan frase's hill, terletak betul-betul didepan clock tower tu tengah-tengah la kiranya, dari jalan naik tu dah nampak.parking dekat sini secara terbuka gitu,sapa cepat dia dapat...hehehe mujur masa sampai tu ada parking kosong lagi.


sekadar info...harga bilik di puncak inn, walaupun pergi masa cuti sekolah tapi harga bilik dikira pada rate hari biasa, jadi bayaran RM170 termasuk sarapan untuk 2 orang.

dan itu adalah aktiviti yang boleh dibuat di fraser's hill beserta bayaran,serta map fraser's hill, tak besar mana pun,pusing-pusing keluar jalan tu jugak hehehe, kira ok lah untuk percutian yang singkat, lagipun tak pernah pergi, teringin juga nak tahu apa ada di sini.


Sekianlah cerita percutian family kita sehari semalam saja...ok la untuk masa berkualiti bersama anak-anak memang santai je percutian ni.

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad

Wassalam

Friday 12 June 2015

muzium diraja pekan, pahang

Assalamualaikum...

Aktiviti yang kami buat sebelum ke rumah uncle azman untuk makan tengah hari, melawat muzium diraja pekan, pahang. bayaran masuk :

warga pahang : RM4 (takde tengok ic pun,akak jaga kaunter tu cuma tanya"orang pahang ke?")
warga Malaysia : RM5
Bukan warganegara : RM16
kanak-kanak bawah 12 tahun dan oku : percuma

didalam muzium ini terdapat beberapa bahagian. turutan ini mengikut bahagian yang mama masuklah ye...hehehe,hai baru je minggu lepas pergi tapi dah lupa,nampak sangat mama dah berusia.

bahagian pertama yang kami masuk,ada dipamerkan gambar-gambar diraja, zaman kecil dan dewasa...



suami isteri mengambil peluang bergambar bersama dengan gambar sultan... tak banyak gambar yang diambil dibahagian ni sebab cuma ada frame-frame gambar saja.

bahagian kedua..



bahagian ni terdapat ukiran orang asli daripada kayu, kawasan dengan pencahayaan yang agak suram,buat suasana agak menakutkan bagi anak-anak terutamanya adrien..hehehe takut pulak dia, siap ajak keluar lagi, mama nak membaca info pun tak boleh. disini ada disediakan skrin besar untuk kita bermain , mencari perkataan yang tertera di skrin, anak-anak pun sibuk nak main, mama jenguk-jenguk je tak sempat nak hulur jejari runcing nih..hihihi

bahagian ketiga

terdapat barangan seperti gambar diatas,akak pun tak tahu dipanggil apa tu,tapi diperbuat daripada emas kalau tak silap,hahaha nampak sangat tak membaca apa yang tertulis,tetapi memang ada juga yang tidak terdapat info pada barang yang dipamerkan.
masuk ke bilik sebelah ada terdapat banyak keris, gambar mama tak ambil sebab hero-hero nak kebilik air pulak...

dibahagian ini hanya terdapat lukisan seperti digambar,kami ambil peluang lepak-lepak dahulu, lepak santai sambil bersila dilantai,dah macam rumah sendiri pulak rasanya, bergambar dengan pelbagai aksi,tapi gambarnya tiada pada mama,abang ipar yang snapkan,jadi tak dapat nak dikongsikan disini.
setelah berehat seketika disini,perjalanan diteruskan..ewahhh macam jauh je perjalanannya kan...hehehe, besar juga muzium ni.



Bahagian ini pula ada terdapat beberapa jenis al-quran, ada al-quran gulung dan dibahagian lain terdapat tombak-tombak yang disusun sebegitu, anak-anak mama bukan main lagi berlari-lari kat celah-celah tombak tu,sesuka hati dorang je kan..



haa...anak dara mama sorang nih,masa mama dengan papa sibuk dok tengok al-quran yang dipamerkan, adelya sibuk azan..tengok gambar atas tu, sedang azan tu,lepas tu solat...dia ingat karpet tu sejadah agaknya, kusyuk betul solatnya tu...

di bahagian ini juga, ada dipamerkan peralatan sukan seperti bola, kasut, ruang pejabat, kaki gajah pun ada, berminat pula abang adam berada diruangan ni, mahu pula diambil gambar, kalau tidak tidak mahu dia mama ambil gambar. minat bola ke abang?

pengkaji barangan purba sedang mengkaji barangan yang dipamerkan, nampak sangat menarik perhatian para pengkaji nih...kukur kelapa lama tu..mama pernah guna kukur seumpama itu, tapi tidaklah yang seperti didalam gambar tu. congkak itu memang menarik perhatian ramai dengan corak yang terukir itu memang sangat menarik.

antara barangan lain yang dipamerkan disitu...hehehe mama dah tak ingat seksyen mana..inilah jadinya,yang penting semua barangan ini memang ada dipamerkan.


bahagian ini terdapat peralatan muzik, bukan ini sahaja ada yang lain lagi, tapi macam biasalah tak semua gambar peralatan tu mama ambil.

Oh ya dalam muzium ini tidak dibenarkan memakai kasut, kita akan dibekalkan plastik untuk mengisi kasut masing-masing, itu yang ada menjinjit beg plastik tu, bukan makanan tau itu kasut kami..

setelah habid menjelajah dibahagian dalam muzium kita ke bahagian luar pula. kereta lama sultan ni, besar dan panjang, cadillac kalau tak silap kereta ni,ambil peluang berposing denga kereta.

ini juga dibahagian luar muzium, seronoklah anak-anak dapat tengok helikopter dan kapalterbang ni, memang kesukaan merekalah,tapi bila nak diambil gambar sikit punya payah.jadi snap saja apa yang dapat.


al-kisahnya sebelum masuk muzium ni,kami berpusing-pusing cari jalan masuk sebabnya jalan masuk muzium ini ditutup kerana ada orang kayuh basikal,adik ipar dengan suami pergi berjumpa polis yang sedang menunggu dilaluan masuk muzium ni,akhirnya dapatlah kami masuk dengan bantuan polis tersebut,polis tersebut bukakan jalan untuk kami, masa nak keluar pun begitu juga, polis itu datang bertanya "hendak kelaur ke?" jadi dia bukakan laluan untuk kami...terima kasih en.polis, jasamua dihargai...dapat juga kami melawat muzium.

sekian cerita jalan-jalan dimuzium diraja pekan, pahang.

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad

wassalam

Thursday 11 June 2015

jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum....

entri sambungan dari kisah kenduri semalam...

semasa berendam dalam air laut tu, ipar-ipar berbincang apa aktiviti untuk malam dan esok hari, mama hanya mendengar dan sesekali je menyampuk.

selesai berendam, balik homestay bersihkan diri,memandangkan bilik air hanya ada satu,manalah nak cukup untuk kami yang ramai ni,jadi mama bawa anak-anak balik dulu,sebab bukan senang nak uruskan anak-anak nih,ada je kerenah mereka, selesai uruskan anak-anak mama pula bergegas mandi kemudian bersiap sedia untuk makan malam.

kami keluar makan ke restoran super top,kata adik ipar makanan di sini sedap dan harga berpatutan, mama taktahu jadi ikut saja...satu je mama nak order ketam telur masin...



antara menu yang kami order...sayangnya...ketam telur masin tu tak berapa sedap pada mama, udang sweet sour tu sedap...apa yang mama tahu ramai yang kata ketam telur masin yang best dekat marina seafood tanjung lumpur..hehehe bila-bila ada rezeki boleh pergi lain kali. en.azmi pun kata ketam tak berapa fresh,mungkin hari tu rezeki tak menyebelahi kami agaknya...

macam biasa makan pun tak sempat kunyah terus telan sebab anak-anak buat hal, adrien main cawan dan air,habislah air dalam cawan dia celup-celup ambil ketul ais,lepas tu cawan bergolek dibawah meja,mujur lagi cawan plastik,kalau kaca,nangis mama.. abang adam pulak mengamuk sebab dah mengantuk dan letih...anak-anak mama memang biasa tido awal...jadi bila dah penat tu macam-macam hal lah, lepas makan tu, semua orang ajak singgah jalan-jalan di esplanade (betul kot ejaannya) hahaha...kami mengikut saja... tengok ada permainan di situ terus segar biji mata anak-anak. takde buat apa-apa pun kat situ teman anak-anak bermain,lepas tu jalan-jalan melihat orang berjualan sahaja, bajet tak berapa nak ado, jadi kita jamu mata saja lah.

pagi ahad... misi mencari makan lagi...wah mencari makan saja ye


kedai nasi dagang yang tersohor, orang-orang disebelah sana tahulah agaknya, kalau mama ni memang 1st time lah dengar...hehehe nasi dagang ubai namanya...kuih-muih tradisional pun banyak dijual disini, mama pun try lah makan nasi dagang tapi mama tak ambil ikan aye, mama ambil lauk ayam...ok lah sedap nasinya... nak merasa puding raja, tapi takde pulak dijual..mujur tak mengidam jadi takdelah ralat sangat,kalau mengidam mau cari sampai dapat hahaha.

tengah hari...kami serbu pula rumah kawan mak dan abah mentua untuk makan tengahhari..hahaha


Bukan setakat makan tengah hari, dengan roti dekat kilang pun kami angkut, kisahnya kawan mak dan abah mentua ni ada kilang roti,jadi sebelum kami balik tu mereka bekalkan roti buat kami, itu yang ditangan sahaja belum lagi yang dalam bonet, penuh la bonet viva tu, dah boleh buat meniaga di car booth sale lah rasanya. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga..

Sebelum ke sini kami singgah di muzium dulu, tapi mama cerita di entri lain la,sebab banyak gambar jadi kita buat dalam satu entri je nanti...sajelah sebagai kenangan untuk anak-anak.

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad

Wassalam


Wednesday 10 June 2015

sambut menantu, mandi laut

Assalamualaikum....

Sabtu 6 jun 2015, majlis menyambut menantu adik ipar akak di kuantan, bergerak pagi dari kampung, perjalanan takde lah jauh sangat, pergi 3 buah kereta,family in law je...



pengantin...mulanya pengantin lelaki nak naik motor sorang-sorang,pengantin perempuan naik kereta, mama cakap baik naik motor je berdua,baru romantik...hehehe,pengantin pun naik motor berdua,kami mengikut dibelakang..

pengantin lama bersama anak-anak, sedondon pink suami isteri hehehe,walaupun lama masih berseri pengantin nih...tak hagak nak puji diri sendiri..jangan marah naaa

 
gambar atas tu pengantin lama masih tak sedar diri, bergambar taknak bangun, duduk juga dikerusi pengantin hehehe, pengantin bersila je dibawah, nasib baik pengantin sempoi..
gambar bawah, mak dan abah mentua bersama besan...malu-malu nak bersembang..eceh kalah pengantin baru....

anak-anak dara dan mak dara berposing sebelum balik...hehehe macam model muslimah lak rasanya, hahaha perasan jugak mama nih.nampak tinggi disitu sebab mama berwedges tu..hehehe fefeeling model katanya.

seronok tau kawasan rumah ni,memang kawasan kampung dikelilingi pokok-pokok, angin bertiup nyaman je...

selesai majlis,kami ke homestay,adik ipar dah booking homestay sebab kami plan bercuti terus di kuantan,alang-alang sampaikan. best homestay tu di tepi laut,cuma ada beberapa perkara yang tidak berpuashati...hehehe

petangnya aktiviti terjun laut...adelya tu mama pakaikan aje baju mandi abg adrien punya dulu hahaha..ok lah tu save bajet,mulanya nak juga belikan baju mandi gambar princess, hari tu dah tengok tapi tak jadi nak beli, mama cakap kita guna je baju adrien dulu..masih elok.

kali ini mama join terjun laut,tapi tak boleh nak berenang dan berkuak lentang sebab ombaknya agak besar, adrien dan adelya pun takut nak berendam, sudahnya adrien bermain pasir saja, adelya pun main air sekejap-sekejap je.

okeh mama stop dulu...nanti cerita lagi sebab banyak gambar, jadi malas nak letak satu entri kang pening pulak menengoknya...

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad

Wassalam


Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...