Tuesday 18 August 2015

lara dihati mama - 2

assalamualaikum....

amboih mama siap ada part 2 gitu...

malam kedua mama berkursus...malam tiada aktiviti,mama cuma lepak di bilik, mujurlah mama ambil bilik single..bukan tak nak bergaul tapi lebih memudahkan mama sebenarnya.

bergenang airmata mama ni masa bertolak petang semalam..berdebar tunggu pukul 6pm,biasanya pukul 6 buah hati mama pergi ambil ank-anak dekat taska,mama akan tunggu dirumah dan kadang-kadang mama akan menyorok dibelakang pintu,bila anak-anak masuk mulalah riuh memasing mencari mama,kemudian mama pun keluar dari belakang pintu,anak-anak lari peluk mama.

semalam mesti anak-anak cari belakang pintu tapi mama tiada,bila mama call petang tu abang adam riuh bercerita baby mencari mama sampai kat bilik atas..sedih mama dibuatnya. 1st time tinggalkan anak dara mama dah la masih menyusu badan..

malamnya pukul 11 lebih buah hati mama call,adelya mengamuk nak tidur,menangis-nangis,nak mama la tu,bagi susu botol dia tak mahu, orang cakap tinggalkan baju yang kita pakai yang belum dibasuh,buah hati bagi kain batik mama,lagi kuat meraungnya anak dara tu,entah pukul berapa tertidur mama pun tak tahu lah,jenuhlah papa memujuk adelya,akhirnya adelya tertidur sebab letih menangis...sian anak mama, abang-abang tak apa pernah kena tinggal sebelum ni.

mama pun dah bengkak susu...terpaksa perah dan buang saja sebab kat sini tak disediakan fridge, takpe lah bukan rezeki anak mama, jenuh juga mama nak perah...ujian untuk mama kan rasa macam nak demam dah sakit badan dibuatnya bila bengkak susu ni, tak sangka juga masih bengkak susu walaupun adelya dah hampir 2 tahun..

tak sabar nak tunggu khamis...nak jumpa anak-anak, kat sini mama ada masa untuk diri sendiri tetapi mama rasa kosong kerana tiada suara comel anak-anak mama bergaduh,bergelak ketawa.

doakan urusan mama,buah hati dan anak-anak dipermudahkan...inshaAllah..


Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad

Wassalam

6 comments:

  1. alahai sebaknya bila baca gelagat baby tu.
    terbayang saat baby mncari mama.
    tak sanggup pula rasanya nk bjauhan dgn rania.
    skrg ni pon kalau dia bgn tido, sy xda menangis.kalau ada disebelah.senyum aje bila jaga.

    satu lg kalau msk bilik air. kita tinggal dia kat ruang tamu, x lama kemudian ada la yg mengetuk pintu blik air. bila x buka mulalah meraung. aduh.duh..

    smga abang adam, adrien dan baby kuat semangat ye. mama pergi kejap je tu. urusan kerja..

    ReplyDelete
  2. lahai sian nya lah kak... yelah tak penah kene tinggalkan, itu yg dia ngamuk2 tuh....

    sedih baca ntry akak yg mule2 tuh...huhuhu sume mak2 akan rasa gitu kalu tinggalkan anak2 nyer

    ReplyDelete
  3. selalunya baby yg masih susu badan , memang kena susukan badan baru baby boleh tidur ... tapi my anak buah ni wpun baru setahun , klu dah mengantuk , dia tior je terus tapi kena buai guna tangan lah . nasib baik kakak2nya dah besar . umur , 15 , 14 dan 12 . senang hati sikit mamanya nak tinggalkan baby .

    ReplyDelete
  4. mata saya masuk habuklah...adeh akak ni
    sebak saya baca entry ni
    kesian kat akak dengan adelya..especially akak lah
    paham sangat rasa hati seorang mama tu...
    sabar ye kak

    ReplyDelete
  5. itulah perasaan seorangg ibuu..

    ReplyDelete
  6. kan kak. orang kata kursus ni masa untuk kita berehat. bersendirian. tapi hati kita sendiri rasa kosong takde anak. takde suami. rasa takpe lagi letih hari2 asalkan ada dorang depan mata kita kan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...