3D muzium, cameron highland

Assalamualaikum...

kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan gambar yang dihasilkan, memang mengagumkan buat mama yang sukakan seni, tapi mama nak melukis sendiri memang tak reti ye, tangan tak berseni.

muzium ini terletak di level 2, nova complex, di cameron square...tiket masuk RM18 dewasa.

jom kita layan gambar-gambar yang ada...



adik ipar mama (maklang)...dah macam puteri turun dari kayangan je nih.


acik imah (adik ipar) dan acik kery (biras mama) berdayung sampan lagi tu. jaga-jaga jangan sampai terbalik sampan tu...hehehe


anak-anak mama didasar lautan, abang adam tu dah nampak macam real duduk dalam tu, adrien lak pegi berdiri sebelah tu, nampak tak adelya? hehehe


selamatkan tuan puteri...amboii tuan puteri senyum pulak dia, ingatkan takut nak jatuh tapi boleh control ayu lagi tu...hehehe


adoiii..tak tahulah apa gayanya anak-anak mama ni, boleh la hentam saja kan.


acu dalam belon??? hehehe


"yaya...tunggu abang yenn, jangan berenang laju sangat, depan tu ada jerunggg" kata abang adrien pada adelya hehehe  berani anak-anak mama ni berenang dengan ikan jerung lagi tu..



amboi buah hati mama..berlawan dengan ular ke?mujur dalam gambar kalau real punya mesti lari nih..hehehe


haii...nak kena pijak dengan gajah pun boleh senyum ye buah hati mama ni...entah betul ke tidak gayanya begitu tak tahu lah main taram je la kan, mama yang suruh buah hati bergaya macam tu..



ehhh...adelya ni nak termasuk dalam mulut badak tu pun masih sempat buat peace lagi...hehehe



mama pun nak jugakk...hehehe orang suh buat muka takut mama senyum pulak, masa ni ada pekerja dekat situ tolong snapkan peach mama dan buah hati ni, sebab yang lain-lain dah ke depan..hahaha semangat mama nak bergambar.

banyak lagi gambar tapi malas pula mama nak upload...hehehe jadi apa yang ada je la...

habis dah cerita pasal cameron ...hahaha berentri-entri ye citer pasal cameron

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Comments

  1. menarik juga gambar2 kat sini.. takde rezeki nk join masuk muzium 3D hr tu..
    next time la.. kalau ada rezeki pegi CH lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi tempat yang ada muzium 3D ni..hehehe nanti bila2 berjalan boleh masuk lagi

      Delete
  2. adelya tak takut ke dekat badak tu

    ReplyDelete
  3. menarik semuanya . masuk kena buka kasut ya ...

    ReplyDelete
  4. Pandai posing semuanya.. semua gambar ni nampak menjadi..

    ReplyDelete
  5. wow CH pun da ada 3d ekk ? :)
    sungguh best la ekk.
    berbaloi pergi sebab byk tempat menarik...

    ReplyDelete
  6. sekarang ni memang mana2 pun banyak muzium 3D kan kak. tapi tula nak bergambar kita kena kreatif dan sporting hihi

    ReplyDelete
  7. sonok leh amek mcm2 posing kanns ;p

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Akak x ingat tiket utk budak, mungkin dalam rm10 agaknya, ada family pakej 2 dewasa 2 kanak2, lbh murah, tapi akak dah lupa harganya

      Delete
  9. Tak pernah tahu ada 3D Muzium kat Cameron. Nice pictures ;) Semua pandai posing..

    ReplyDelete
  10. sya rajin gak la g cameron. xpenah taw pon psl muzium ni. huhu

    ReplyDelete
  11. ehh, xtaw pasal muzium ni, pegi berapa kali dahhh. lain kali pegi bleh ajak ayah masok sini. gamba selamatkan adik ipar kat air terjun tu xboleh blaa, siap senyumm.

    ReplyDelete
  12. Lebih kurang je gambar dia mcm kat PD ek....
    Amboiiii..... mentang mentanglah buah hati pengarang jantung, berlambak gambo dia hihi...
    Kiranya CH sekarang ni dah ada soping mall lah ek...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat malam ahad & apa khabar dari Maznee sis. Maznee pun baru balik cameron masa menulis ni

    Hujan hari hari

    Tapi hairan orang tetap ramai

    Hehehe

    ReplyDelete
  14. tak tahu pulak ada 3D muzium ni di cameron..tapi mural mirip macam kat 3D art Langkawi..

    ReplyDelete
  15. cantuk-antik lukisan kat situ mama... nampak cam real

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts