Sunday 29 January 2017

Tahun terakhir 3 series

Assalamualaikum...


Sekejap waktu berlalu, januari 2017 pun bakal melabuhkan tirai beberapa hari saja lagi. Bulan ini bulan kelahiran mama jatuh pada Ahad 22 Januari hari tu. Sibuk mama menekan keyboard sekali ada suara menegur "Kak lah kenapa kerja hari ni? birthday kak lah kan.." Alamakk terlupa hari lahir sendiri, apa nak buat kesibukan melanda, bekerjalah mama dihari lahir walaupun jatuh pada hari ahad.

Tahun terahir di 3 series tahun depan masuk 4 series dah, masa belasan tahun dulu cukup berdebar nak masuk umur 20-an kononya dah ada diperingkat dewasalah sangatkan, rupanya tanpa sedar mama dah lewati 20an dan 30an, sempatkah untuk mama lewati 40an pula, inshaAllah jika dipanjangkan usia. Tiada apapun yang mama harapkan cuma harap terus diberikan kesihatan yang baik untuk melalui kehidupan ini.dapat melihat anak-anak membesar dengan baik.

nak membebel apapun tak tahu, otak dah tepu dengan segala angka yang ada, mata pun dah naik kabur, kerja non stop 7 hari seminggu, cuti chinese new year pun kerja, harap sangat segala kerja yang menggunung ini dapat habis dengan jayanya, banci oh banci cepatlah habis, serba-serbi tak cukup mama ni, tak cukup tidur, tak cukup makan, tak cukup masa dengan anak-anak, hari kerja biasa masuk pukul 8 balik pukul 8, sabtu ahad kerja...mari tengok kalendar bila lagi cuti sekolah, mama pun nak bercuti lebih sedikit.

Balik ni nak buat spageti carbonara, permintaan anak buah kesayangan walaupun penat mama kena tunaikan janji hehehe...sementara menunggu en.azmi sampai sempatlah mama berceloteh dulu sekejap bagi releasekan kepenatan berfikir ...ok mama berhenti dululah

Wassalam





Kita tayang lagi gambar short vacay hari tu, cerita detail belum ada lagi.

15 comments:

  1. Hepi besday, sanah helwah mama yan,selamat memasuki 4 series, mwehehe

    ReplyDelete
  2. happy birthday sis! semoga dipanjangkan umur dan bahagia dunia akhirat

    ReplyDelete
  3. Makin usia meningkat, tarikh birthday tu mmg jarang di ingati... dah tak spesial mcm time usia remaja dan 20an. Apappun hepi belated besday mama aryan. Moga sihat selalu.

    ReplyDelete
  4. HAPPY BIRTHDAY YAN ..NIKMATI HIDUP INI DGN BERMAKNA N BHGIA

    ReplyDelete
  5. Salam akak.. Lady doakan sentiasa sihat.. Umur ni semakin hari semakin bertambah.. Huhu

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday to you AA.

    ReplyDelete
  7. Semoga kak lah diberikan kesihatan yg baik, rezeki yg luas, kehidupan yg berkat & bahagia.. Amin..

    ReplyDelete
  8. happy belated birthday akak.

    ReplyDelete
  9. Happy belated bezday Azra....moga rahmat Allah sentiasa bersama awak. Muda lagi Azra, jangan risau hihi.... Aduhhh peliknya awak, bezday sendiri pun boleh lupa ek!

    ReplyDelete
  10. happy birthday AA. Semoga bahagia dan sihat sentiasa.

    ReplyDelete
  11. kita sebaya la :)
    pe ada pada nombor aryanazra.
    yg penting, hati muda sentiasa...
    sihat.

    ReplyDelete
  12. happy belated birth ...
    smoga sntiasa dimurahkan rezeki serta diberikan ksihatan y baik bpnjangan hendaknya..

    lya kna panggil kak la lps ni.. igt baya2 lya.. awet muda kak ;-)

    ReplyDelete
  13. Siri siri matang dah tu...hehe...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...