Wednesday, 31 May 2017

mencium bau syurga

Assalamualaikum....

Jumaat lepas rehat panjang dapatlah mama pergi cium bau syurga nih. Pergi berdua je mama dengan kawan mama sebab yang lain semuanya ada hal sendiri ye lah kan rehat panjang semua dah plan apa nak buat, lagi pulak sabtu puasa kan. adaa juga yang sibuk menyelesaikan tugas. Takpe berdua pun rancangan tetap diteruskan.

Pertama mama dan ayu pargi ke seksyen 19, mencium bau syurga yang pertama. walaupun dah pernah pergi rumahnya tahun lepas tapi tersilap juga masuk lorong ahahaha..biasalah masa pergi tu mama co-pilot je kan, memang ada chance la nak lupa ni, kalau mama yang drive confirm ingat jalannya, tapi tak takpe dalam ingat-ingat lupa tu jumpa juga la.

Ehhh...tenang sangat aqeela tidur ni


Inilah bau syurga yang mama nak cium tu aqeela hayfa nama diberi..sekuntum bunga dalam family, yang atas ada 2 orang abang, baik je masa mama sampai tu, tidur je mungkin kecik lagi agaknya tu, tak sampai sebulan lagi usia aqeela ni. pipi pau tu geram je mama nak cubit-cubit tau. Bila tengok baby bih rasa damai je hati..macam nak je menambah lagi..ehhh hahaha. Lepak-lepak sekejap teruskan perjalanan ke seksyen 24 pulak.

Hai mujurlah rumah kedua-duanya tak jauh sangat jadi rehat jumaat yang agak panjang tu dapatlah dibahagi untuk berkunjung ke dua buah rumah. seksyen 19 dan 24 pun agak dekat juga, jadi mudahlah bagi kami untuk ke sana. pun sama kali ini terlepas simpang jugalah kami sebab tak pasti rumahnya sebelum atau selepas sekolah, sebagai co-pilot mata mama ni kena alertlah kan. mujurlah nampak bangunan yang hendak dituju itu. buat pusingan dan terus ke destinasi.

Mengah juga hoiii mama ni dah lama tak panjat tangga, naik tingkat 4 pun dah semput. Sampai rumah adik mama yang sorang  macam nak mintak oksigen hahaha teruk sungguhlah.

Eee...pipi pau tu geram je menengoknya tau


Inilah maisarah..amacam terpacak tak rambutnya? hehehe dalam gambar nampak bulat je badannya tapi realiti orangnya halus je, tapi pipi tu memang tembam okeh dan rambut memang lebat dan terpacak, geram je mama tengok, lepas tu muka dia tu asyik tengok ibu dia macam tak puas hati je, kenapa maisarah tak puashati ye acik datang ganggu? hehehe...Akhirnya tercapai juga hasrat nak mencium bau syurga.

Ada seorang lagi adik mama yang baru bersalin 2 ramadhan hari tu, itu lagi hebat kisahnya tak sempat sampai hospital, sempat sampai KK kapar je, sampai kk pun tak buka lagi sebab pagi sangat, mujur ada sorang nurse disitu, bersalin dalam kereta je, kalau nurse takde mau suaminya yang sambut baby. apapun syukur alhamdulillah semuanya selamat. dapat baby boy. Alhamdulillah adik-adik mama ni semuanya dimurahkan rezeki anak. dan dimudahkan urusan bersalin.

Minggu ni inshaAllah nak balik kampung pula, disamping nak berbuka dengan keluarga dikampung nak cium bau syurga lagi..adik ipar mama yang bersalin hari tu, mama tak tengok lagi babynya. InshaAllah kalau takde apa-apa aral esok baliklah kami ke kampung. Saja mama ambik cuti 2 hari dapatlah lama sikit dekat kampung. Nanti tunggu raya pulaklah baru nak balik, Ok tak sabar nak jumpa Muhammad Adwa Khalish pulak.

Wassalam.


Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Assalamualaikum...

Ada orang dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikirkannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak,
pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti

Ada orang, ada anak tapi hanya seorang, pun terfikir
kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti

Ada orang, anaknya semua lelaki, juga terfikir,
siapalah yang akan jaga aku nanti, mahukah menantu perempuan jaga aku nanti

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga
terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing-masing
siapalah nak jaga aku nanti

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita ditangan manusia
ditangan anak, ditangan suami

Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya,
namun masih terabai hidup bersendirian dirumah usangnya
sehingga meninggalnya juga seorang diri

Berapa ramai juga orang yang tidak bertemu jodoh,
namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik
daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut,
jalan bertongkat walau anak-anak ada disisi menjaga

Itulah kita kata rezeki dan rezeki itu hak Allah..yakinlah...
Jangan runsingkan kerja Allah
Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap-siap ni

Jangan runsing belum bertemu jodoh
jangan runsing belum ada zuriat
jangan sedih hanya kerana beranak seorang.
jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
jangan cemas jika hanya ada anak perempuan

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki dan perempuan

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau,
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti

Masa depan kita sentiasa ditangan Allah
Dan Allah itu adil
Setiap orang akan dapat apa yang dia layak dapat

pendek kata,
Allah ada..jangan takut

Hasbunallahu wa ni'mal Wakil.

Perkongsian dari seorang sahabat...ya adakalanya mama begitu juga, tua nanti siapa yang akan jaga mama? terlupa mama.. pergantungan yang sebenarnya hanyalah pada Allah.

pic pinjam pakcik gugel je..

Ya Allah bukakanlah hijab kepadaku untuk mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian takdirMu

Wassalam

Monday, 29 May 2017

Basikal bunga coklat

Assalamualaikum...

Minggu lepas khamis malam Adrien bagitahu mama jummat besday mualimah aminah "yen nak bagi hadiah" kata adrien.aah sudah mana mama nak cari hadiah pulak? Dalam waktu yang ada lepas anak-anak balik mengaji bergegas mama ajak mereka keluar pergi cari sesuatu untuk diberikan pada mualimah, idea mama dah ada tinggal nak cari barang je.

Sampai dikedai ingatkan mama nak la beli barng yang mama dah fikirkan tu, rupanya adrien punya idea tersendiri dia tunjuk dekat mama apa yang dia nak, mama tunjuk benda lain dia tetap tak mahu, nak juga barang yang dia nak. Budak adrien ni memang tetap pendiriannya ok. En.azmi pujuk suruh beli benda lain pun dia taknak. Akhirnya mama belikan juga apa yang dia nak teruss senyummm...geram je tau tak.

Balik rumah mama buatlah apa yang patut dengan barang yang dibeli tu. Puashatilah adrien tengok hadiah yang bakal dibagi pada mualimahnya tu dah siap. Mama pun tak tahulah ok ke tidak, hentam sajalah..janji adrien gumbira. Asyiklah tersenyum tengok hadiahnya tu. Pagi pergi sekolah mama hantar dan terus letak atas meja mualimah. Takut pula jika adrien pegang nanti habis berterabur semua barang.


Inilah rupanya hadiah yang dipilih adrien. Basikal dengan sebakul gula-gula dan bunga. Mama pun tak pandai nak buat apa, ingat nak buat jambangan bunga coklat tapi ini yang dipilih adrien, jadi buatlah apa yang boleh. Konon-konon dah kreatif sangatlah mama ni kan..heheh oklah janji adrien gembira. Harap mualimah aminah juga gembira terima hadiah dari adrien ni.

Wassalam


Ramadhan kedua

Assalamualaikum...

Alhamdulillah abg adam masih bersemangat untuk berpuasa, walaupun berpuasa ada makna...hehehe katanya kalau abg puasa penuh mama kenalah beli barang yang abg nak. Tengok tu saja ja dia kan. Takpe..takpe..kalau abg puasa penuh mama belikan untuk abg ye. Kalau tak penuh takde la.

Mama keluar berdua dengan ibu pergi beli langsir tinggal anak-anak dengan en.azmi. Dapatlah mama beli langsir dengan tenang dan boleh juga tanya-tanya pendapat dengan ibu, mana yang sesuai untuk rumah mama tu. Beli yang murah-murah je, day curtain untuk sliding door masih takde..heheh dah berbulan ye langsir mama gitu-gitu je. Takpela buat pelan-pelan yang mana boleh. Balik dari nagoya terus gigih potong langsir,paksa en.azmi buka langsir nak ukur. Alhamdulillah..cukup langsir yang mama beli siap extra lagi boleh buat untuk pintu bilik. Hantar jahit tepi nanti bolehlah mama operasi menjahit pulak.


Lepas potong langsir, mama beroperasi didapur. Permintaan en.azmi la ni, suka kuih lama-lama, jadi isteri mithali ni merajinkanlah diri membuatnya. Menu kuih semalam kuih lopes. Mama pun suka sebenarnya, arwah mak mama rajin buat kuih ni jadi mama ingatlah juga macammana nak membuatnya. Cuma kat rumah takde daun pisang tak bolehlah nak bungkus dalam daun pisang, mama cuma letak pulut dalam tupperware je, nak makan potong la jadi 4segi, kalau tak bulatlah kan. Takpe la yang penting sedap hahaha..anak-anak pun suka. Anak-anak.mama ni suka je makan kuih lama-lama ni.

Sementara mama memasak en.azmi pula menyiapkan kerjanya, membuat kemasan pada rak yang dibuat sebelum ni. Rak garam kunyit mama tu la hehehe. Buat simple-simple je janji nampak kemas ruang dapur. Itupun mama buat sikit-sikit jugalah sebab tak suka juga tengok dapur bersepah. Barang banyak tapi mama belum ada kitchen kabinet baru ada table top jadi nak kemas barang tu susah juga la takde ruang menyimpan. Mama kalau bole semua barang nak sorok bagi nampak ruang kosong dan lapang je.


Macam ni je lah rupanya ha...dekat botol minyak tu kalau letak pengadang macam lebih ok sikit rasanya tapi takpelah dah ok juga tu. Ini idea mama la nak buat macam ni. En.azmi yang menukangnya. Alhamdulillah nampak kemas sikit dari sebelum ni. Gambar sebelum takde la pulak ye. Konsep warna kat dapur mama hijau sebab table hijau. Jadi gigih juga la cari barang warna hijau, sajalah nak suka-suka dapur sendirikan pada hal hati.geram je bila tengok warna pink, takpe kali ini mama ubah dari kebiasaan warna yang mama biasa guna. Kita guna hijau bagi nampak tenang sikit.

Dua hari dah berjaya tanpa bazar ramadhan. InshaAllah akan diteruskan hingga hujung ramadhan. Kata en.azmi kena berjimat. Ye lah kalau.pergi bazar itu nak beli ini nak beli semua rasa nak beli, darikan membazir baik kita jangan jejak langsung. Ikut apa yang ustaz cakap hari tu. InshaAllah walaupun memasak kita jangan lepaskan peluang untuk berdoa sebelum waktu berbuka tu ye..Mama pun masak yang simple-simple je, asalkan kenyang ok lah. Pernah juga dulu makan buffet bayar beratus anak-beranak tapi makannya tak seberapa ye lah nak banyak manapun yang boleh kita makan, terkejar nak solat lagi. Jadinya rentikanlah berbuka macam tu. Eh ni mama ye...lagipun teringat ustaz yang ceramah minggu lepas bagitahu dari bayar beratus nak makan buffet ramadhan, baik duit tu diguna untuk bagi pada masjid untuk sedekah pada orang yang berpuasa, lebih besar ganjarannya. Ini ustaz kata bukan mama kata ye, mama share je. Tapi kata ustaz tak salah pun nak berbuka secara buffet tu, pilihan kita.. Jangan kecam mama tau.

Oklah mama berhenti dululah ye..maaf andai tersalah kata

Wassalam

Saturday, 27 May 2017

Pertama ramadhan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah lepas 1 ramadhan, moga terus diberi rezeki untuk berada didalam bulan ramadhan ini. Alhamdulillah juga hari ini abg adam berjaya puasa penuh, walaupun penuh dengan dugaan dari adik-adiknya. Mudah saja abg bangun sahur bila mama kejut. Lepas sahur terus mandi dan mengaji sementara tunggu.subuh... Alhamdulillah moga abg istiqomah.


Adelya tengoklah tu, maunya keimanan abg tak tercabar dah la makan kat sebelah abg, lepas tu tanpa rasa bersalah dia tanya abg nak tak? Terkulat-kulat abg memandang. Mama suruh abg bersabar saja. Adrien awal-awal lagi dah cakap tak mahu puasa. Memang jujur budak sorang tu. Takpelah mama tak paksa pun, nanti kita cuba ye adrien.


Abg senyum dalam kesabaran. Ada juga abg mengadu dahaga sebabnya dok pergi bermain di taman. Mama dah pesan jangan bermain do taman, cuaca panas maunya tak dahaga. Mama pujuk jugaklah sebab rasa rugi pula nak buka bila dah pukul 6. Termakan jugaklah abg dengan pujukan mama. Sambil tu bagi layan youtube sekejap, bagi terlupa rasa lapar tu..hehehe kira aci lah kan. Makngah pun dah cakap kalau puasa penuh duit raya dapat double...haa mesti banyaklah kalau double tu.


Walaupun puasa tetap rajin menolong mama didapur. Hari pertama buat buah melaka. al-maklum cuti hari ni bolehlah nak buat kuih kan. Kegemaran en.azmi nih. Harapnya esok abg dapat berpuasa penuh lagi. Bukan sebab ganjaran tapi sebab abg nak buat tapi ye lah macam mama kecik-kecik dulu la puasa sebab nak dapat duit raya lebih tapi bila dah besar barulah niat tu berubahkan. Apapun puasa ini sebab nak.dapat ganjaran dari Allah. InshaAllah satu hari nanti abg faham sekarang pun abg tahu sebab nak dapat pahala. Kalau abg tak dapat penuh sebulan pun tak apa, asalkan abg dapat juga berpuasa.

Wassalam

Friday, 26 May 2017

Marhaban ya Ramadhan

Assalamualaikum...

InshaAllah dalam beberapa jam lagi kita akan bertemu ramadhan,moga dipanjangkan usia kita untuk bertemu dengan ramadhan. Sudahkah kita mempersiapkan diri kita untuk bertemu ramadhan? Sejak bila kita persiapkan diri? Kalau nak kahwin setahun kita buat persiapan kan, untuk ramadhan bila persiapan kita?

Moga ramadhan kita lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya. Bagaimana kita nak jadikan ramadhan kita adalah yang terbaik? Boleh kita cuba bermula malam ini, yang pertama kita perlu buat, jadikan ramadhan ini tanpa televisyen...simpan tv dalam stor hehehe sebab apa bila takde tv kita takde apa nak buat jadi kita hidupkan malam ramadhan kita dengan solat tarawih dan membaca al-quran. Ganjarannya sangat besar...

Ada 1 cerita..sekumpulan pemuda yang menziarahi kubur pada waktu malam, ada satu kubur sangat bercahaya. Esoknya pemuda bertanya kepada imam dan ajk masjid siapakah pemilik kubur ini, kata imam arwah hanyalah orang biasa, pemuda tadi tidak berpuashati mana mungkin orangnya biasa-biasa sahaja sedangkan kuburnya bercahaya luar biasa, pemuda bertanya dimana rumah arwah dan berkunjung ke sana. Kata isteri arwah, suaminya seorang lelaki biasa yang buat amalan biasa sahaja, cuma 1 arwah suaminya tak pandai baca al-quran tapi setiap malam selepas solat arwah akan membuka al-quran dan akan menunjuk setiap baris ayat al-quran sambil berdoa dan menangis, berikanlah aku syafaat dari al-quran ini ya Allah. Walaupun tak tahu membaca al-quran san hanya menunjuk setiap baris sahaja, tetapi arwah telah khatam al-quran beberapa kali. Amalan inilah yang membuatkan kuburnya bercahaya luar biasa, jadi kita...nikmat Tuhan yang manakah hendak kita dustakan... Marilah kita hidupkan ramadhan dengan al-quran.

Dah simpan tv dalam stor, kita cuba pula untuk tidak ke bazar ramadhan. Kerana kita tak pasti keadaan orang yang menyediakannya, katanya ustaz jangan tengok apa yang dijual tapi tengoklah pada siapa yang menjual. Jangan beli dari tangan-tangan yang tidak takut dengan Allah, jangan beli dari orang yang tidak menutup aurat, jangan beli dari orang yang tidak solat. Kita berpuasa menahan lapar akhirnya kita berbuka dari makanan orang yang tidak taat pada Allah. Ustaz kata lebih baik berbuka dimasjid, yang sediakan makanan adalah ajk surau, disamping kita tahu siapa yang sediakan kita juga boleh ambil peluang untuk berdoa sebelum tiba waktu berbuka, sebab dikatakan sebelum waktu berbuka adalah waktu yang sangat baik untuk berdoa.

Maaf andai ada tersalah kata dan tersilap bicara, sedikit yang dapat mama kongsikan dari ceramah yang diberikan oleh ustaz sebentar tadi. Mama ambil sikit-sikit tak sempat pula nak salin laju-laju. Dikesempatan ini juga dengan ramadhan yang bakal menjelma mama mohon ampun dan maaf dari kawan-kawan semua andai.ada penulisan mama diblog atau komen mama diblog kawan-kawan membuatkan kawan2 terguris hati, maaf dari mama ye..

Adik-adik ajak wefie sebelum ceramah...layannn hehehe

Selamat menyambut ramadhan, selamat bertarawih dan semoga kita dapat tingkatkan amalan

Wassalam

Thursday, 25 May 2017

Princess

Assalamualaikum...

1 hari lagi inshaAllah kita akan bertemu ramadhan, moga dipanjangkan usia kita untuk bertemu ramadhan. Sudah buat persiapan untuk bertemu ramadhan? InshaAllah moga semua dah siap ye. Banyak persiapan yang perlu mama buat nih. Moga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Okeh...ada anak perempuan seorang walaupun ganasnya bukan main, tapi manja sangat budak sorang tu. Walaupun ganas tapi kalau tengok barang warna pink mesti dia nak dan cakap barang tu dia punya. Ini dok cakap nak basikal pink, tapi belum dapatlah mamapapa sediakan sebabnya kalau nak beli kena beli sekali 3. Kalau beli 1je mesti akan berebut, nak beli sekarang memang takde bajetlah pulak. InshaAllah mama dah bagitahu lepas raya baru beli, kasi bernafas dulu kikiki.

Mama kesianlah dekat anak-anak tu sebab anak-anak jiran semuanya ada basikal. Pernahlah adelya masuk rumah muka sedih je, mama tanya kenapa? "Dorang semua ada basikal yaya je takde" sebenarnya dia ada 1 basikal yang pakjang bagi sebelum ni tapi dah patah basikal tu..ye lah adrien pun dok pulun naik jugakan. Sabar ye anak-anak sikit je lagi ni haa bajet cukup je mamapapa beli, sikit je lagi duit tabung nak penuh kikiki..nak beli 1 je dulu memang tak boleh sebab memang mereka berebut..aishhh

Hari tu jalan-jalan cuci mata,mama nak beli barang rumah sekali ternampaklah payung bersusun ditepi tangga kedai tu, nampak warna pink terus adelya teruja tapi en.azmi tak bagi beli yang tu sebabnya plastik dah terkoyak, mama pun rembat je lah payung lain warna hijau sebab ternampak gambar princess pada payung tu. Adelya memang taknaklah sebab hijaukan, mama buat pekak je, meraunglah member ni. En.azmi terus je bawa kereta, sampai nursery bunga mama buka payung yang dibeli, bersinar terus mata adelya.


Maunya tak bersinar mata bila nampak princess keliling payung tu, suka teruslah walaupun warnanya hijau yang penting ada princess banyak..hehehe jiwa gigirl sangat nih.


Tengoklah tu gembira sangat. Itu pakai baju taska lama rindulah tu dekat tecer-tecer, selalu disebut-sebut nama tecer. Mama pun belum ada masa nak bawa anak-anak jumpa tecer dekat taska lama. Banyak jasa tecer-tecer kat taska lama tu.

Adelya ni pun dah tak sabar nak sekolah, bila orang tanya dia cakap dia dah sekolah dekat pasti hehehe..sabar ye adelya tahun depan yaya sekolah ye, tak lama lagi dah. Dekat rumah pengasuh dialah yang jadi kawan borak dengan pengasuh. Kadang mama pula jadi malu dengan mulut potpet dia tu.."ee...perut ibu besar, perut mama saya kecik je" "besarnya lutut ibu,lutut mama saya kecik je" ya Allah malu mama tau tak, tapi pengasuh gelak-gelak je. Ni nak kata mama kering ke apa ni???

Dekat taman dah 3 hari bila tengah hari je black out, yaya pun membebel la "kipas rumah ibu ni asyik rosakk jee, kipas rumah saya elok je,jomlah pergi rumah saya" adehhh yaya ni, takde letrik memang la kipas tak pusing, kalau pergi rumah kita pun kipas tak pusing jugakla hahaha. Yaya pun mama tengok berani sikit rajin menegur kawan-kawan, jiran-jiran pun dia rajin tegur. Mengaji pun alhamdulillah rajin pergi, huruf pun dah kenal, baca pun dah boleh, legalah mama dekat rumah pun rajin nak baca kadang suruh yeyen ajar,kadang mama,kadang papa. Kuat menyepah barang pun dia jugak,kuat buat hal dengan abang-abang pun dia jugak,selalu dia dimenangkan oleh papa tapi kadang kena juga hanger hehehe...walaupun geng mama tapi anak manja papa nih.

Wassalam

Wednesday, 24 May 2017

Makan-makan sampai fengsan

Assalamualaikum...

Hari ini ada makan-makan sempena menyambut ramadhan yang bakal tiba nanti. Alhamdulillah syukur dengan rezeki makan yang Allah bagi, moga ada rezeki juga untuk bertemu ramadhan kali ini. 2 hari lagi untuk bertemu ramadhan moga dipanjangkan usia ini untuk bersama menghayati ramadhan.

Kali ini kami tidak tempah kami buat secara pot luck sahaja. mama bawa rendang kerang, walaupun pada mulanya rasa macam tak jadi dah nak bawaknya. semalam jenuh mencari kerang, akhirnya en.azmi jumpa yang frozen sebekas rm20, beli juga la dari takdekan. tapi bila tengah masak tu mama rasa macam tak puashati je, rasa macam tak fresh sebab tak pernah beli yang frozen, mulut dah muncung itik dah sebab nak marah, en.azmi kata ok je nih, mana ada berbaunya..sebal je hati mama.

Pagi tadi bangun iron baju, siapkan sarapan anak-anak, mama panaskan jugalah rendang kerang mama tu, dalam hati masih berfikir-fikir nak bawa atau tidak, tengok rendang macam tak best je, tapi mama masak juga lagi tambah itu ini. akhirnya bawa jugalah ke ofis, sampai ofis minta kawan tengok ok tak rendang mama tu, kawan mama kata ok je, barulah yakin nak letak dekat meja jamuan. dan alhamdulillah rendang kerang mama dah licin dulu, ye lah dah ko bawak sikit mahunya tak abis dulukan..hehehe

Inilah menu yang ada pada hari ini, Ya Allah nikmat sangat semuanya sedap-sedap, sampai tak tahu nak makan apa.


ini pemanis mulut, semua pun sedap juga dan manis-manis..semanis mama ehhh


Sudahnya ini yang mama makan..diet dan petua awet muda mama ahakss mudalah sangatkan. tengok makanan, sampai rasa tak tahu nak makan apa, ayam mama dah tolak tepi tak selera nak makan. nasi sesenduk je, ambik sambal jawa, bilis cili meletop, telur dadar, ulam-ulaman dan budu, sedap sangat, sudahnya mama ratah je pegaga cicah budu..pergghhh meletop-letop dalam mulut. Alhamdulillah syukur dengan rezeki makan yang Allah bagi hari ini, moga kawan-kawan yang memberi sumbangan makanan ini terus dimurahkan rezeki.

Jadi hari ini di ofis adalah acara makan sampai fengsann dari pagi sampai petang makann je sambil borak-borak hehehe.. Macam takde keje je kan. Sekali sekala kan bila ada majlis macam ni dapatlah merapatkan hubungan kalau tak tu dok diam buat keje masing-masing.

Wassalam

Monday, 22 May 2017

Coffe table

Assalamualaikum...

Cuti dua hari tak kemana pun kami. En.azmi ada bawa balik kayu palet yang tak digunakan lagi. apalagi banyaklah dapat idea apa yang hendak dibuat. berfikirlah mama nak buat apa. sebelum ni rumah memang takde meja kopi ingat nak belilah sempena raya sebab nanti nak letak mana pulak kuih rayanyakan bila tetamu bertandang.

Jadi semalam teringinlah nak buat sesuatu, tapi gergaji pula tiada nak pinjam dengan jiran malu pula sebab mesti nak guna lama, teruslah whatsapp ibi, tanya rumah dia ada gergaji tak? kata ibu ada..tapi diorang yang tiada dirumah..shopping baju raya di Banting, kata ibu lagi kalau nak ambil gergaji, kunci dia tinggal tempat biasa, kunci stor pun ada. apalagi bergegaslah kami ke rumah ibu..hehehe semangatkan. sekejap je 5 minit je ke rumah ibu, ambil kunci tempat biasa terus buka stor ambil gergaji.

Sampai rumah teruslah beroperasi, mula-mula kami buat rak untuk letak botol garam kunyit, buat simple-simple je la janji ada. kemudian buat meja kopi pula, jimat dah belanja tak perlu keluar duit untuk beli lagi. duit tu boleh digunakan untuk buat benda lain pula kan. siap rak garam kunyit. buat meja kopi pula. kali ini bukan mama yang gergajilah sebab en.azmi ada kita serahkan pada yang pakar, mama cuma bagi arahan je apa yang nak dibuat, bagi idea la...heheh. buat kerja sambil berperang dengan anak-anak, sempatlah kaki adelya dihempap kayu..hmmm itulah tak reti duduk diamkan. mujurlah tak teruk sebab lepas tu dah boleh berlari main di taman.



Inilah dia coffe table mama, simple-simple je, nanti nak tambah sikit lagi bawah tu, buat tempat untuk letak-letak barang, tunjuk dekat adik-beradik teruslah mommy pun berkenan nak jugak, en.azmi kata kalau nak boleh tapi bayarlah hahaha... Banyak lagi benda yang hendak kami buat, moga-moga menjadilah apa yang hendak dibuat tu nanti. Nanti nak buat meja kerusi untuk ruang santai dekat ruang parking pulak. ruang santai sambil tengok taman bunga mini mama..ecehhh kemain berangankan, InshaAllah...bendanya ada cuma tinggal nak buat sajakan. buatlah sikit-sikitkan.

Petang kononnya nak sambung buat lagi kerja-kerja menukang ni, en.azmi tengah tidur laju je adrien kejut

" cepat papa bangun kita nak buat meja karipap dengan meja donut pulak" terus mama dengan abang adam gelak hahahah...

"apa la yen ni nak buat meja karipap dengan donut pulak" kata abang adam.

Ye lah dah ada meja kopi katanya mestilah nak ada meja karipap donut pulak..hahaha

hailaaa kalau semua jenis kuih nak ada meja, penuhlah rumah kita dengan meja yen oiii...hahaha budak sorang ni memang tau ada je akal dia kan.

Lepas ni nak buat apa pulak ? tunggguu

Wassalam

Saturday, 20 May 2017

Nanti abang jeless

Assalamualaikum....

Semalam Adrien tunjuk pada mama kertas lukisan yang telah diwarnanya. Mama tengok mualimah bagi B. Tak kisah pun dapat berapa tapi mama sajalah nak tanya dia.

"Kenapa dapat B bukan A?"
"Yen taknak A"
"Laaa...kenapa taknak A?"
"Nanti abang bising-bising..jeles"

Hahaha...ada je jawapan dia kan, ingat abang nak jeles dekat dia la tu.

Di hari lain yang lalu..dia datang cakap kat mama.

"Yen nak makan kopiah"
"Aiii kenapa nak makan kopiah pulak"
"Yen lapar nak makan kopiah"
"Kalau lapar pun takkan nak makan kopiah kot"
"Yen nak kopiah ni" sambil tunjuk popiah yang mama buat wakaka...itu popia bukan kopiah la yen..hadoiii

Tadi elok mama dok potong sayur dia datang.

"Ni sayur teruk ye mama?"
"Laaa kenapa teruk pula"
"Ye la ni sayur teruk kan"
"Sayur mana ada teruk"
"Yen ni terung la bukan teruk" sampuk abg adam ahahaha, baru mama faham.. Teruk tu terung kakaka

Tadi makan mangga sebijik manis sebijik masam. Terus dia bagi teka teki dekat mama.
"Buah manis campur buah masam jadi buah apa?"
"Haisshhh mana la mama tau buah apa"
"Buah masam manis la.."dia jawab oiii geram je mama dengan budak sorang ni tau ada-ada je dia nak kenakan mama.




Yang abang adam pegang tu lah lukisan adrien warnalah. Sekarang ni lepas mandi je mesti taknak sikat rambut sebab katanya.. Yen kan dah botak tak payahlah sikat rambut hehehe.. Apa-apa je lah Adrien. Asalkan senang hati.

Wassalam

Friday, 19 May 2017

Berdebar ke mama

Assalamualaikum...

Minggu exam buat anak-anak..hmm berdebar ke mama? entahlah tak tahu nak cakap macammana, mama nak berdebar pun takde makna bila tengok anak-anak rilek je macam takde pape pun.

Adrien yang bersekolah di Pasti akan periksa selama 2 minggu, bermula hari ini. ada la mualimah bagi buku bawa balik untuk ulangkaji. ada juga surah-surah yang perlu dihafal. jenuhlah mama suruh membaca ada tak ada 5 minit membaca lepas tu bermain. Takpelah anak..kita tengoklah macammana nanti. Ini merupakan peperiksaan pertama Adrien di Pasti. mama hanya mampu iringi dengan doa sajalah. selama ni pun mama bukannya jenis memaksa anak-anak belajar..hahaha. Nak paksa macammana, bila disuruh ulangkaji biasanya mereka buat tak tahu, bila ada kerja sekolah baru buat itupun bila disuruh dengan susah payah, kadang tu abang adam yang disuruh untuk membuat kerja sekolahnya...aduhaii. Petang balik sekolah mama tanya macammana periksa? senang saje..semua yen boleh jawab kata Adrien. berbulu je mama dengar.

Kerja sekolah malas nak buat tapi pergi sekolah nak smart saja, hari jumaat lepas mama tersalah iron baju, sepatutnya hari jumaat baju lain tapi mama tersalah iron baju hari jumaat. Oh ya di Pasti hari Rabu pakai baju sukan sekolah hari jumaat pakai baju sukan pasti. mama tersilap hari jumaat tu teriron baju hari rabu. Pagi tu nak pakai baju Adrien kata ini baju hari rabulah mama, baru mama perasan,teruslah cari baju hari jumaat, jumpa tu terus mama bagi dia pakai, Tahu dia kata apa? "mama..iron la dulu, nanti kedutlah baju yen" kemainkan baju taknak kedut pada hal t-shirt je, ye lah mama ironlah sebab anak-anak tak pandai nak iron baju sendiri lagi dah besar sikit nanti mama ajarlah biar dorang buat sendiri hehehe..

Ahad lepas mama dok melipat kain 2 bakul, Adrien datang bertanya

"mama baju sekolah yen dah iron ke?"
"belum" jawab mama
"kenapa belum iron esok yen periksa"
"kalau periksa pun kenapa?"
"Ye la esok periksa kenalah iron baju nanti kedut"

Amboi kemainkan..baju taknak kedut sebab nak periksa, tapi buku taknak pulak dibacanya..ada-ada je budak sorang ni kan.

Petang semalam dengan gembiranya dia bagitahu mama periksa dah habis. Eh betul ke? Mualimah kata periksa 2 minggu, minggu depan untuk hafazan pulak. Dengan yakin Adrien kata dah habis siap berlari pergi ambil kertas periksa, wah cepatnya dah dapat keputusan, mama pun tengoklah kertas jawapan Adrien tu, senyum-senyum je dia


Amboi cantik kertas soalan periksa kaler-kaler lagi, seronok budak-budak nak jawab mama pun seronok tengok hehehe, tadika sebelum ni kertas soalan putih je. Markah Adrien macam mana? Cara-cara orang tak belajar apalagi mama nak harapkan,puas hati sajalah dengan markah yang Adrien dapat, syukur alhamdulillah..ini peperiksaan pertama Adrien di pasti kan. Akan datang boleh ditingkatkan lagi.


Semalam pun gembira tunjuk kat mama mualimah bagi hadiah katanya. Itu keychain penyu pink tu mualimah bagi. Hari tu mualimahnya bercuti ke terengganu. Bagus mualimah ni ingat semua anak-anak murid. Kadang bagi gula-gula. Adrien bercerita nampak betul dia gembira, alhamdulillah...anak gembira mama pun suka. Hilanglah debaran mama untuk adrien tinggal abg adam pulak tak habis lagi periksa.

Okeh sekarang berdebar sebab tak sampai lagi tempat dituju mama urusetia pendaftaran untuk perjumpaan dengan pengarah di ciast hari ini..7.30 dah ni tapi mama belum sampai lagi, ok perlu berhenti dah nak sampai, mujur ada yang drive hari ni, boleh sambung tulis entri ni.. Oke

Wassalam

Thursday, 18 May 2017

Simple Sunnah Rasulullah SAW


Assalamualaikum....

Sepertimana yang kita tahu Bulan Sya'ban adalah bulan selawat ke atas Nabi saw untuk tanamkan sayang dan cinta pada baginda, jadi barulah mudah bagi kita untuk mengikut sunnah Baginda. Di sini mama kongsikan sedikit simple sunnah Rasulullah SAW. Jom bersama amalkan dan mama juga tahu pasti ada yang dah amalkan, mama kongsi untuk ingatan mama.


*Simple Sunnah - 1*
1. Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan.
2.Tutup kepala bila masuk tandas.

*Simple Sunnah - 2*
1. Kibaskan tempat tidur.
2. Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3. Kepala menghadap kiblat.
4. Baca doa tidur.

*Simple Sunnah - 3*
1. Minum dgn tangan kanan.
2. Minum duduk.
3. Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

*Simple Sunnah - 4*
1. Datang awal ke masjid.
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid.

*Simple Sunnah - 5*
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk.
3. Masuk tandas tak boleh lama2.
4. Jangan makan & minum dalam tandas.

*Simple Sunnah - 6*
1. Bangun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2. Kemas tempat tidur.
3. Bersihkan diri.

*Simple Sunnah - 7*
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah.

*Simple Sunnah - 8*
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas; Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dgn sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian utk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yg menunjukkan simbolik seorg muslim.

*Simple Sunnah - 9*
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

*Simple Sunnah - 10*
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dgn kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat2.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah 2 hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.

*Simple Sunnah - 11*
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak, perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah (baik utk ibu yg ingin membentuk anak2).

*Simple Sunnah - 12*
1. Basuh tangan sebelum makan.
2. Makan buah dahulu baru makan nasi.
3. Makan secara berjemaah, makan dgn family lagi ramai lagi berkat rezeki tu.
4. Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2.

*Simple Sunnah - 13*
1. Memotong kuku pada hari Jumaat.
2. Memperbanyakkn doa antara imam berkhutbah hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik utk sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.

*Simple Sunnah - 14*
1. Makanan sunnah; susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (sunnah 3 jari).
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa Isnin dan Khamis.

*Simple Sunnah - 15*
1. Baca Bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup kedalam air panas utk sejukkannya.
4. Jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.

*Simple Sunnah - 16*
1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT.
2. Berazam utk terus beristiqamah mempertahankan Islam.
3. Berusaha utk mendaulatkan Islam di setiap peringkat.
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW.

Keluarga sunnah idaman kita...

Semoga bermanfaat.

Wallahu a'lam...

Wassalam

Wednesday, 17 May 2017

Kari daging

Assalamualaikum...

Sebenarnya mama ni kan sebelum ni tak pernah pun buat kari daging, lagipun mama memang kurang sikit makan daging kecuali daging goreng kunyit je, itupun jarang-jarang makan, kalau ada ayam mama lebih suka ayam dari daging. Hari tu kenduri kat rumah jiran, ada kari daging, disebabkan takde kuah lain, makanya mama pun rembatlah kari daging tu beserta dagingnya, bila makan..eh sedap pulak dagingnya lembut je. kadang ada yang mama makan liat.

Hari tu en.azmi beli daging, kebiasaannya mama memang akan buat daging goreng sajalah. tapi hari tu rasa macam teringin sangat nak buat kari, bahan pun ada jadi mama pun buatlah kari daging campur kentang. Bau aroma kari tu memang menyengatlah..kikiki, mama masak ni berdasarkan ingatan mama dulu-dulu pernah tengok arwah mak masak kari (pernah tengok ye..bukan pernah tolong masak..mama bukan rajin sangat nak memasak dulu-dulu), harap-harap menjadilahkan. tak jadi pun nak buat apakan, makan je lah.


Inilah rupa kari mama tu bila dah siap, rasanya sedaplah bagi tekak mama ni rasa karilah tak rasa tom yam, kira jadilah kan..hahaha. cumanya takdelah rasa macam kari daging yang mama makan dekat rumah jiran tu, itu mama rasa guna rempah sendiri tu dari kelantan, ye lah gulai kawah kelantan rasanya guna rempah yang memang dibeli dari sana rasanyakan, sapa orang kelantan, betul tak mama cakap ni? so sapa ada rempah kari tu bagitahu mama boleh mama mintak sikit hehehe..terasa-rasa pulak tekak ni nak makan kari yang macam dekat rumah jiran mama tu, jiran mama siap import mak dan adiknya dari kelantan tu untuk masak masa kenduri tu tau..sedapp oiii.

Kari mama ni mulanya macam tak mendapat sambutan je tau...en.azmi ok memang makan, anak-anak memang tak mendapat sambutan. tapi lepas tu adrien tanya "apa tu mama?" " kari daging nak ke?" tanya mama, adrien menganggukkan kepala, mama beri sedikit untuk rasa, tengok adrien ambil adelya pun nak juga. lepas habis mereka minta lagi, kemudian minta lagi "sedaplah kari daging" kata adelya..wahhh ini sudah bagus, sudahnya dua beradik tu makan kari daging dengan berselera. gembira mama ok sebab dapat satu lagi menu yang anak-anak suka.

Malam tadi mama buat kari lagi, dengar je mama masak kari terus adrien nak makan nasi walaupun pada mulanya adrien kata tak mahu makan nasi. Makan nasinya sikit, makan dagingnya yang lebih, takpelah kan. Adelya yang demam semalam pun dengar mama masak kari terus ke dapur "yaya taknak nasi nak makan daging je" ok boleh saja. adelya makan kari daging je semalam. Demam pula anak dara mama tu masa ambil dari pengasuh petang semalam, tapi alhamdulillah dia takdelah merengek sangat. Adrien Adelya suka kari daging ayam goreng pun tak pandang dah kalau ada kari daging, abang adam? setakat ni abang adam tak berminat lagi dengan kari daging sebab bila dengar daging je, dia tak mahu cuba makan. ok takpe selera masing-masing berbezakan, macam mamalah.. masak je kari daging tapi yang mama makan kuah dan kentang je, dagingnya tak makan hahaha...aci tak? sebab mama nak gulai kawah kelantan juga..kikiki

Wassalam

Tuesday, 16 May 2017

Terima Kasih Cikgu

Assalamualaikum....

Selamat hari Guru buat semua guru-guru, semoga terus tabah dan sabar menjadi seorang pendidik. Abang Adam cakap nak bagi hadiah pada cikgu-cikgunya, mama ni pun takdelah idea sangat apa yang nak dibeli memandangkan bajet pun ciput sebab belum gajikan, apa yang nak dibeli tu kena sesuai dengan bajet yang adalah nampaknya.

Demi memenuhi hasrat anak mama pun sediakan jugalah sedikit hadiah untuk cikgu abg adam yang seramai 7 orang itu. Pemberian yang biasa-biasa saja itupun abang adam dah gembira sangat tak sabar nak bagi pada cikgunya. Adrien pun tak ketinggalan mahu juga beri pada mualimahnya, mulanya mama sediakan satu saja hadiah untuk mualimah kelasnya saja, tapi dikiranya pula semua mualimah yang ada. jenuh pula mama memikirkan nak buat apa dengan barang yang mama beli tu supaya cukup untuk semua cikgu.

Takde apapun yang mama beli sekadar pen dan marker pen serta liquid paper (yang ini ada dalam box stationery mama yang belum digunakan) jadi kita gunakan saja untuk lengkapkan hadiah untuk diberikan kepada semua cikgu anak-anak. Orang kurang kreatif jadi hasilnya takdelah kebabom sangatkan, harap cikgu berbesar hatilah menerimanya. Hajat hati mama ni nak lah juga bagi barang yang best-best tapi itulahkan bajet pula tak mengizinkan, mungkin tahun depan mama kena siapkan bajet awal-awal untuk hari guru. seronok sebenarnya bila dapat sediakan sesuatu untuk orang yang telah berjasa kepada kita ni walaupun kecil je benda tu kan yang penting ingatan.

keterujaan 3 beradik..abaikan bantal busuk Adrien itu

Bukan main gembira masing-masing tu, ada budak tu dan-dan mengamuk nak bagi hadiah dekat cikgu jugak pada hal dia tak sekolah lagi, terus lepas tu pergi dekat papa dia " papa..yaya nak sekolah pasti esok" tengok tu betapa gembiranya nak bagi hadiah dekat cikgu terus nak minta masuk sekolah. mama cakap tahun depan yaya sekolah mama buat juga hadiah untuk yaya bagi pada cikgu. terus dijawab lagi " yaya nak satu ni nak bagi pada acik ct(pengasuh dia)" hehehe macam-macam dia kan. ok nanti mama cari sesuatu untuk yaya bagi pada acik ct ye..

Ini sajalah yang mampu mama sediakan...

Ini je lah yang dapat mama sediakan untuk cikgu anak-anak, harap-harap cikgu gembira menerimanya. Itu je idea yang mampu mama perah untuk jadikan pen-pen itu lebih menarik sikit, sikit je lah menariknya, sebenarnya banyak lagi idea mama, tapi tu lah kan, setakat ini itu je yang mampu mama buat..hehehe. Mama ikat 2 batang pen dan sebatang marker pen dengan ribbon, kemudian gunakan stick yang mama beli dekat diy tu untuk lekatkan ucapan hari guru.



Ini yang asal mama buat tapi terpaksa diubah dan diagihkan kembali kerana ada pertambahan hadiah yang perlu diberi pada cikgu. Pen 2 batang dan 1 marker pen berkaler-kaler. kebanyakan barang pun sudah habis sebab rehat tu mama tengok ramailah ibu-ibu yang membeli pen dan marker, pastinya untuk hadiah hari guru jugakan. Pen dan marker ni mama rasa memang akan digunakan oelh cikgu jadi kita beri saja pen kan. nak membuat kek seperti sebelum ini tak sempat pula mama. Jadinya ini sajalah.


Wassalam

Monday, 15 May 2017

Bestnya bau syurga

Assalamualaikum...

Sedang mama berehat-rehat melihat bunga di taman(ewaaahhh macamkan banyak sangat bunganya tu kan) telefon berbunyi menandakan mesej masuk. mama menoleh seketika. Eh banyak pula mesej masuk ni, ada kawan yang bertanya perihal bunga. dekat status whatsapp tu mama letak gambar bungakan. kawan bertanya dimana mama beli pokok bunga tersebut.Kebetulan berhampiran taman mama ni ada nursery bunga jadi disitulah mama membeli, geram tengok bunga cantik-cantik.

Terpandang satu nama yang dah lama mama tak berhubung, kawan lama ni sama-sama lapor diri masa tahun 2000 dulu. Kawan mama ni masa masuk kerja dulu dah kahwin, muda lagi pada mama. dia pjj masa tu, Ingat lagi masa dia pregnant mama lah yang hantar dan ambil dia pergi check up dulu-dulu. Seronok je..lepas tu suaminya berpindah ke sini, kami masih rapat, pergi dan balik kerja berulang dari keramat ke shah alam.

Kemudian dia berpindah ikut suami pula, dah lama tak berhubung, semalam dia whatsapp mama bagi gambar anaknya..yang ke 5 katanya dah 38 hari, yang terakhirlah katanya sebelum umur 40, pada hal lambat lagi dia nak 40 tahun. Alahaii...comelnya anak yang berbau syurga ini. Dalam bulan ni saja mama banyak dapat berita kawan-kawan dapat baby. dekat ofis mama ni satu seksyen 2 orang dapat baby, dua-dua baby girl..memang ditunggu-tunggu tu sebab kedua-duanya dah punya anak lelaki. alhamdulillah dah dapat gigirlkan..sorang nama maisarah, sorang aqeelah hayfa.

Selepas tu mama dapat anak saudara pula...adik ipar mama, adik en.azmi dah selamat melahirkan anak sulung secara pembedahan. dapat boboy..yeayyy betul tekaan mama heheheh, tapi mama tak balik tengok lagi, mereka berada dikampung. bukan tak teruja nak tengok anak buah baru,seronok weh cium bau baby tapi masa belum mengizinkan, InshaAlllah awal puasa cuti sekolah mungkin waktu itu kami balik, sekarang ni anak-anak dah sekolah memang kena tunggu cuti sekolahlah kalau nak balik kampung, lagipun dekat-dekat nak examkan, hari ni dah start exam untuk pasti, abang adam rabu ni exam, jadi kita tunggulah cuti sekolah nanti.

Comel sangat baby masing-masing, kawan mama tanya "hang taknak tambah ke?" hahaha..ikutkan hati tu memanglah teringinkan, baby siapa yang tak sukakan, siapa nak bau syurga ciumlah baby. tapi itulahkan banyak perkara perlu dipertimbangkan. usia pun dah semakin meningkat, badan pun makin tak larat. Cabaran menjaga anak kecil dalam usia 30-an ini, sangat-sangat mencabar dan sangat-sangat letih. Bukan merungut ye sekadar bercerita..tahun depan nak buka implan ni, tahun depan dah 40, jadinya mama rasa cukuplah dengan 3 orang ini, tapi ye lah semua pun rezekikan kalau Allah nak bagi Dia tetap bagi, kita punya rancangan Allah juga punya perancangan, perancangan Allah yang lebih baikkan.

anak-anak mama masa baby..terasa cepatnya masa berlalu


letak gambar anak sendiri je lah hahaha...nak letak gambar anak orang sebab tak minta izin jadi takut pulak nak letak gambar anak orang tanpa keizinan, nak minta izin letak diblog segan pula, nanti kawan tahu mama ada blog jadi tak perlulah, bukan apa kadang mama takut nak upload gambar anak orang ni sebab takut ibubapanya tak suka, jadi bila tak dapat keizinan baiklah jangan di up kan. Kita up gambar anak sendiri sajalah hehehe... apapun memang kalau ada baby, rumah akan terasa ceria sajakan.

Wassalam

Sunday, 14 May 2017

Taman cinta kita

Assalamualaikum...

Cuti-cuti ni marilah kita berkebun. Bunga-bunga yang sudah dibeli haritu masih dalam polibeg. Lama juga tu dibiarkan jadi cuti ni en.azmi pun tak kerja eloklah dipindahkan ke dalam pasu, cantikkan sedikit rumah untuk menyambut ramadhan yang bakal menjelma. Minggu depan kita bersihkan dalam rumah pula.


Mengisi tanah dalam pasu. Guna pasu plastik je yang dibeli rm2 sepasu oklah tu kan. Tanah campur 7beg rm10. Senanglah mama sebab nursery bunga dekat, jalan pusing-pusing nak pilih bunga mana berkenan dihati, ada yang berkenan tapi macam susah nak jaga pula kikiki mama bukan rajin sangat kalau boleh nak tanam-tanam lepas tu pandai-pandailah kau hidup sendiri heheh. Tapi takpe en.azmi rajin siram-siram bunga. Inipun mama tengok je anak-beranak tu buat keje, pastu mama tolonglah jugak pindahkan bunga masuk pasu hehehe kot jadi pemerhati je ada yang kena petir dengan en.azmi pulak ngeh.


Rajin dua beranak nih lepas isi tanah dalam pasu, cabut rumput pula. Taman sekangkang adam bolehlah kan, kalau berkangkang-kangkang mahu terkankang nak cabut dengan tangan saja. Waktu ni dah mula panas mama takdelah ikut serta, memerhati sambil berteduh saja hehehe lagipun ruangnya kecik, kalau mama masuk sekali hmmm... Ranap la pokok bunga itu dipijak gergasi. Tapi yang sebenarnya pun pagar itu boleh diangkat dan diubah ketepi dulu bole je nak tolong-tolong cabut rumput yang ditepi tapi dasar pemalas dan konon tak.mahu berpanas mama duduk ditepi saja.


Buat sementara ni, ini je lah rupanya "taman cinta" kita ni. Mulanya hanya ada morning glory tapikan bunga itu hanya berbunga diwaktu pagi, berserilah taman mama pagi-pagi, bila petang tak berseri lagi, jadi haruslah ditambah dengan bungaan yang kembang hingga ke petang, itu yang tambah sepokok dua lagi. Yang berbunga merah ditepi pagar tu, tak tahu apa namanya main beli saja nanti bolehlah dibelit dekat pagar tu bila membesar. Pokok berdaun hijau yang dua pasu tu pilihan adrien..hamboihhh dia teringin juga ye. Abg adam pula suruh membeli pokok durian hahaha..boleh difikirkan.

Ada yang kata tanam pokok sayur lagi bagus...betul tu mama setuju. Pokok sayur macam ciki, serai kunyit, daun kari tu pun bagus jika ditanam sebab dapat jimatkan duit sikitkan. Itupun dalam perancangan juga akan ditanam,tapi akan diletak di bahagian belakang rumah. En.azmi dah plan pun..seronok ada orang yang sama-sama suka buat apa yang kita pun suka. Pokok bunga pun penting juga untuk mencantikkan kawasan rumah, pokok sayuran pun penting untuk kegunaan kita, jadi kita buat dua-dua.

Teringat pada arwah mak dan.ayah mama, dulu dua-dua pun suka tanam bunga, penuh bunga keliling rumah. Duduk rumah felda pulak tu luas tanahnya macam-macam bunga boleh tanam seronok sangat, ingat lagi pokok bougenvilla atau bunga kertas yang arwah ayah tanam, besar dan tinggi sampai ke tingkap bilik mama, cantik sangat... Rumah kayu tingkap kayu yang ada 2 bahagian tu..pagi-pagi buka tingkap nampak bunga kertas yang sedang berbunga banyak...matahari pula tengah naik..subhanallah segar je rasa.

Bukan setakat tanam bunga ada juga tanam pokok sayuran, banyak juga sayuran yang ditanam, memang bestlah..mama juga turut tanam pokok tembikai. Sekarang pun masih banyak pokok buah yang ada. Pokok cempedak..ini memang sedap buahnya tapi kadang tak sempat rasa sebab ada orang ambil, takpelah kita anggap sedekah saja pada yang mengambilnya. Pokok manggis,buah salak, bunga kantan,buah rambutan, jering ,rambai. Pokok bunga dah takde...dulu takdelah mama ambil sebab duduk flat nak letak mana pulak bunga-bunga tu kan...aishhh teringat citer dulu-dulu pulak...seronok petang-petang mak dan ayah berborak sambil ayah menyiram bunga...cinta mereka hingga ke dalam syurga inshaAllah...mak pergi dulu kemudian sebulan lepas tu ayah pulak menyusul. Oklah takmo sedih-sedih...mama nak jenguk bunga lak

Bungaan yang sedang mekar ditaman cinta kita...ecehhhh

Ok lah...mahu sambung kerja pula, triple A sudah bermain bersama kawan ditaman sana, rumah dekat taman seronoklah mereka, mama pun senang nak jenguk. Ok kain baju dah siap dibasuh nak disidai pula, sekejap lagi en.azmi balik.dari membeli lauk mama nak memasak pula, semalam dah cuti memasak, hari ini kena fikir menu untuk dimasak pula, kadang buntu juga bila fikir apa hendak.dimasakkan, takpe sambil sidai kain mama fikirlah apa yang nak.dimasak nanti.

Wassalam

Thursday, 11 May 2017

Again

Assalamualaikum...

Wah kemahin tajuk omputih..hahaha. Ada orang tak puas hati sebab hari tu dia dapat makan 3 ketul je. Selasa petang dia whatsapp..hari tu keledek sekilo berapa ringgit? haaa nak suruh buat keria gula melaka la tu.

Pagi rabu makanya bersarapanlah kami dengan keria gula melaka, gigih la mama pagi-pagi tu, ye lah dah semua orang suka kenalah buatkan. Ada sorang tu memang tak sabar-sabarlah nak makan siap tanya "yang ini dah boleh makan ke?" pada halnya mama belum siap goreng lagi. Sambil-sambil mama menggoreng dia pun sibuklah berdiri dekat sebelah.

"hari ni yen kena makan 2 ketul je" mama saja nak mengusik.
" kenapa?" Adrien tanya mama dengan muka tak puas hati
" ye la hari tu kan yen dah makan banyak sampai papa tak sempat makan" Dia pandang je mama, muka masih tak puas hati.

5 minit kemudian....

"betul ke yen kena makan 2 je?" muka masih tak puas hati hahaha...
"betullah kenapa mama nak tipu pulak" mama masih bertegas yang dia kena makan 2 je. mukanya masih tak puashati, ye lah sebelum ni mama buat dia memang pulun makan sampai tak ingat orang belakang, mama jenguk dapur tengok-tengok kuih dah tinggal 5 ketul, nak simpan dekat en.azmi, boleh lagi dia minta seketul.

5 minit kemudian heheh...

"kenapa yen kena makan 2 je?" hahaha...masih tak puashati tu.
"hari tu dah makan banyak, kali ni kena 2 je la sebab orang lain pun nak makan juga" jawab mama macam takde perasaan, dia renung je muka mama minta simpati ler tuu.

Bila dah terhidang laju je dia makan, bila mama tanya "dah berapa yen makan" "dua" jawabnya pada hal mama tengok dah 5 ketul hmmm...pandai dia ya. suka sangatlah tu.

mama masukkan satu tuppaware kuih keria untuk dibawa ke rumah ibu. mama pesan ini untuk ibu jangan sapa-sapa makan. sekali harapan tinggal harapan, ibu tak sempat merasa hahaha...masa pergi tu ibu ada kelas tengah hari baru balik, ibu suruh simpan, mama dah simpankan, sekali tengok dah licin, nasiblah ibu takde rezeki, nanti kena buat lagilah nampaknya keledek pun ada lagi en.azmi beli sampai 3 kilo hari tu. tunggu hari minggu lah mama buat lagi ye.



Tengok tu muka puas hati sangat dapat makan keria gula melaka, itu yang terakhir tu dia perabiskan.. mama dah sorok jumpa juga dekat dia..hmmm tak sangka pula anak-anak suka sangat, takpelah nanti kita buat lagi ye, seronok baut bila anak-anak makan dengan penuh selera.

Wassalam.

Tuesday, 9 May 2017

Kerabu meggi

Assalamualaikum...

hari tu kawan ofis mama ni beli meggi siam sekotak kirim dengan kawan yang balik kelantan. Sekali kak yah ni bagi pula kat kami, katanya banyak sangat sekotak ni ada 30bungkus dia nak sikit je, kami apalagi ok je dah orang nak bagi free..hehehe nak bayar kak yah tak nak, jadi dapatlah mama 3 bungkus meggi siam.

Jadi bawa balik meggi tu terus terasa nak buat kerabu meggi, kecur-kecur dah ailio, teruk sungguh ngalahkan orang mengidam pulak. sotong, udang ada yang takde limau nipis dengan tomato je, terus je whatsapp en.azmi untuk belikan limau nipis dan tomato.

tak berapa menarik nampaknya sebab takde dedaun hijau, kalau ada berseri sikit, takpe yang penting sedappp

so meh tengok resepi kerabu megi mama yang sempoi je, guna bahan apa yang ada je.

bahan yang mama guna :

2 bungkus megi siam
bawang besar dihiris nipis
bawang putih dihiris halus
cili padi dipotong kecil-kecil
sotong
udang
tomato
limau nipis

cara buat :

celur dulu udang, sotong dan megi, kemudian angkat - celur tu asing-asing la tidak la mama buat sekali harung sebab masa mencelur tu berbezakan, udang macam sekejap je, sotong lama sikit, ikut kesesuaian.. lepas siap mencelur tu campur semua bahan dengan cili bawang tadi, lepas tu campurkan dengan serbuk meggi sebungkus je, kemudian perahkan limau nipis..perghhhh pedas-pedas masam, sedap wehhh tu dia..sendiri masak sendiri pujii..kikiki.

Ingatkan mama nak bolot sorang-sorang, sekali anak-anak pun suka juga siap bertambah-tambah tu, mama pulak tak cukup makan huhuhu... bukti kesedapan kerabu meggi mama hahaha. kata abg adam nanti buat lagi. kenalah mama order sekotak meggi siam lagi nanti, bila pulak mama nak ordernya ni. ke ada dijual disini mama yang tak tahu, kena survey-survey la nampaknya ni.

Wassalam

jalan-jalan Key El katanya

Assalamualaikum...

Jumaat lepas kena menghadiri majlis APC di maju tower, kali ini majlisnya mengikut zon, zon tengah tentulah selangor bergabung dengan Kuala Lumpur. Pergi kesana bas disediakan, kena ada di dataran Shah Alam pukul 6.15am katanya. apalagi pagi-pagi sebelum subuh mama keluar rumah, sampai ofis azan subuh berkumandang dari masjid negeri. teruslah mama tuju ke surau yang ada di bangunan ofis mama tu, dapat whatsapp bas dah datang baru keluar.

Jakun kejap ye sebab dah lama tak naik bas hahaha..senang naik bas jimat masa tenaga minyak dan tak perlu susah-susah nak mencari parking nanti, dalam bas boleh tidur lagi. sebelum pukul 8 dah sampai maju tower, majlis akan bermula pada jam 9.30. sebelum tu petang sebelum dapat whatsapp dekat group mengatakan perlu pakai baju kurung, ahhh sudah...mama takde baju kurung, kasut bertumit 2 inci..punggah..mana mau cari, sudahnya pinjam kasut kawan, baju kurung tak upaya lah nak pinjam sebab budak2 tu kata "kalau bagi kaklah pinjam nanti sentenglah jadinya" sebab mama ni tinggilah sikit dari dorang.

semangat bergambar macamkan sendiri yang dapat APC..hehehe mana tahu tahun depan mama dapat ye dak
Dalam whatsapp tu cakap perlu berbaju kurung kecuali ibu mengandung, dan-dan mama pun cakap esok saya mengandung hahaha..sekali tengok balik terbalas dekat group kelab, pengarah pun ada dalam tu...hahahah hadoiii. Hari kejadian mama tetaplah pakai dress jugak huhuhu mana nak cari baju kurung, kalau cakap seminggu sebelum boleh juga mama belikan. Puan TP senyum tengok.. kan dah kata tak boleh pakai jubah, mama sengih je hehehe " ooo mengandung y"senyum puan TP hahaha mama gelak besar je la, pada hal tahu mama tipu je "mengandung betul tahu la" katanya lagi, takpe rezeki balas mama kikiki...

adik yang free hair tu yang dapat APC..dah kenapa dalam gambar ni mama nampak macam mengandung je nih..aippp tak ngandung ye cuma mengandungi lemak jerr..
Semangatkan mama keluar pagi-pagi gi majlis APC pada hal bukan mama yang dapat anugerah perkhidmatan cemerlang tu pun hehehe dijemput jadi penonton je. tunggu 5 tahun lagi la baru dapat agaknya kalau ada rezekilah kan, inshaAllah. majlis habis pukul 12, bas pula akan datang pada pukul 3 sebabnya hari jumaat lelaki perlu bersolat jumaat dulu. yang geng perempuan ni apalagi bershoppinglah, sungguh dah lama weh mama tak jejak sogo dan jalan TAR ni, alang-alang dah sampai kita ukur jalanlahkan. Dengan kasut runcing 2 inci tu mama catwalk kat jalan TAR hokeyy, gigih sangat nih, kalau nak ajak en.azmi datang sini harapan je lah memang takkan sampai rasanya.

semangat berjalan dengan kasut runcing tinggi 2 inci, biasa mama pakai 3 inci ahakss, gigih berjalan balik tu sakit jugalah kaki maklum dah tue, jalan jauh-jauh sengal kaki, tue berjiwa muda namanya
Dalam dok berwindow shopping tu sempat jugalah rembat sehelai tudung dan sehelai jubah, murah je dekat muaz tekstile tu RM50 je untuk 2 barang, oklah kan janji ada juga buah tangan yang mama bawa balik, entah bila pula nak dapat jejak sini pun tak tahulah mama ni, nak beli yang mahal-mahal dekat sogo tu memang takler..buntang bijik mata tengok rege baju hahaha, jadi kita belilah yang sepadan dengan bajet yang ada, beli yang mahal kang miss soru pulak kikiki, dapat yang murah pun syukur dah nak buat pakai pergi kerja je pun, janji selesa, tapi untuk raya nanti kenalah yang mahal sikit setahun sekali katanya kan..hehehe ehemmm jeling en.sombong minta duit beli baju raya..tema kaler apa? kena tungguuuu, yang penting sama geng gigirl sebab raya rumah mama dulu dah janji dengan geng gigirl nak sama kaler..gituuu ehhh nak  menyelit juga cerita raya ni apa hal.

Habis shopping singgah hotel pulak ko..hahaha bukan nak check in, singgah tumpang surau dengan toilet je ahahaha...kerlass sangat kau jah singgah solat kat hotel. ye la darikan tercari-cari mana surau baik kita singgah hotel dan tanpa segan silu bertanya "dimana surau?" orang tu pun jawab tingkat 7, zappp terus ke tingkat 7, toilet pula under construction kena pergi tingkat 5, apa ada hal guna lif kan moh ler ke toilet, jalan-jalan tengok hotel pulak kita, lepas dah tunaikan tanggungjawab dapat whatsapp perlu berkumpul untuk tunggu bas. sambil tunggu bas macam-macam ceritalah keluar geng wanita mesti ada plastik ditangan..sesekali katanyakan oklahh.

Dalam bas senyap sunyi je semua melayan perasaan dan melayan mata gamaknya. sampai ofis dah hampir pukul 4 bos kata boleh terus balik..laaa kalau diberitahu awal boleh balik rumah terus dah lama mama and the geng balik naik komuter pukul dobelas tadi, lagi cepat sampai. Mula tadi kata kena masuk ofis..ahhh takpe pukul 4 pun pukul 4 lah mama tak tunggu dah terus tuju kereta dan balik heheh...bukan senang nak dapat balik awal macam ni jadi gunakan peluang yang ada. Seronok juga sesekali dapat berjalan kat key el tu, kalau nak ajak en.azmi memang tak dapeklah, tak mahu nye dia masuk kl, sesak katanya baik jalan shah alam jerr. ye lah shah alam kesayanganku.

Wassalam.

Monday, 8 May 2017

Keria Gula Melaka

Assalamualaikum...

Cuti 2 hari duduk dirumah sajalah kami, nak kemana pun kan dah 2 hari je cutinya, tapi kan kalau ada yang nak bawa berjalan-jalan 2 hari pun ok je hahaha, tapi harapan sajalah sebab takde siapapun yang nak bawanya. ok takpe kita simpan bajet maklumlah tak lama lagi nak ramadhan dah persiapan ramadhan dan syawal pun memang tak dibuat lagi.

Tema dah ditetapkan..hamboihhh belum pun ramadhan menjengah syawal dulu yang dirancangnyakan, begitulah manusia lemah macam mama ni, ramadhan tetap dinanti, syawal juga tak ditolak ketepi, persiapan pun perlu dirancang awal supaya tak kelam kabut dihujungnya, tema jelah yang dah difikirkan pun belinya tidaklah lagi huhuhu..tunggu bajet itu berkunjung tiba dulu ye. lagipun takde apa sangat yang nak dibeli pun sebab dah tahu apa yang nak dibeli, baju melayu nanti kita terjah je ke pkns tu, inshaAllah ada untuk en.azmi dan anak-anak bujangnya.. baju mama pun senang je beli yang dah siap saja nanti, baju anak dara mommynya dengan rela hati nak sponsor dan dah beli pun..haaa lega dah mama untuk adelya dah settle.

Eheh..tajuk keria gula melaka tapi mukadimah dah cerita raya apa kes mama ni. beginilah ye..dah lama berhajat nak buat keria ni, sebelum ni dah pernah buat masa balik kampung, sekarang ni kononnya naklah buat lagikan, saja suka-suka hajatnya nak buat dan berkongsi dengan jiran terdekat, ye lah pengasuh anak-anak tu rajin juga memberi makanan, sebelum ni mama bagi juga balasan, cuma yang terbaru ni mama tak sempat lagi nak balas. mangkuk jiran sebelah yang adelya bawa balik pun tak dipulangkan lagi.

Pagi ahad balik dari beli lauk dan sayur-sayur, kami singgah kedai jual buah-buahan disimpang jalan. senang dekat sini kedai jual buah-buahan banyak, kedai sayur dan ikan-ikan pun mudah. dan lagi kedai jual bunga pun adooo..sempat jugaklah rembat  2,3 pokok bunga. ok berbalik pada keria mama tadi. mama pun singgah beli keledek, oklah sekilo rm4, pilih punya pilih bayarlah rm10, memang ingat nak buat lebih sikit, hajat dihati tu adalah jugakan, dapat apa yang diingini ke kedai bunga pula lepas tu..kikiki dekat pula dengan rumah, nanti mesti singgah lagi tu.

Balik rumah bergegas ke dapur masak juadah untuk makan tengah hari. cukup sekadar rendang kerang, udang goreng kunyit dan sayur. settle makan semua terus gigih mengerjakan keledek yang dibeli tadi, anak-anak pun menyibuk jugalah didapur bertanya itu dan ini, haii naik geram juga bila kita nak cepat ada je tangan-tangan kecil yang nak menolong sama. buat punya buat banyak jugalah dapatnya tu, dapatlah diagihkan pada jiran tetanggga yang terdekat, takdelah sampai 1 taman hehehe, dapat bagi beberapa jiranlah, tanpa merasa dulu sedap ke tidak terus bungkus bagi anak-anak hantar, sebabnya mereka yang tak sabar-sabar nak menghantar.

Dapat whatsapp dari jiran mengucapkan terima kasih dan mengatakan keria mama tu sedap..tu dia kembanglah hati mama ni. mujur sedap risau juga bagi dekat orang tapi tak sedap kikiki. terus masa makan malam tu cakap dekat en.sombong tu, nanti belikan keledek lagi ye nak jual keria dekat ofis sebab dorang kata sedap. dengan muka takde perasaan en.sombong tu tanya " sapa kata sedap?" ehhh.. lantak dia dengan muka sombong dia tu, dengan bangga mama cakap "jiran-jiran la kata sedap" heheheh..ada adik tu siap suaminya tanya beli dekat mana? haaa...nampak macam orang jual dah tu kikiki..inshaAllah bolehlah jual nanti. haa tengok secara tak langsung jiran-jiran jadi juri pula pada masakan mama kira ok la tu kan, kembang hati bila orang suka .



Setalam keria gula melaka mama ni tau, alhamdulillah rezeki yang ada dapat dikongsi bersama. Anak-anak pun kemain suka, mujurlah mama tengok yang baki dalam pinggan tu kalau tidak en.sombong tak sempat nak rasa hahaha, itupun mama simpan 5 ketul, tapikan ada pula yang dok cakap "alaaa..yen nak satu je lagi" tengok tu tak cukup la tu, sudahnya mama tengok tinggal dekat en,azmi 3 ketul je huahuahua...hmmm nampaknya kena buat lagi nanti, tak sangka pula anak-anak suka. takpe keledek mudah didapati nanti mama buat lagi ye. InshaAllah.

Wassalam

Wednesday, 3 May 2017

anak-anak mama

Assalamualaikum...

Bujang-bujang dulu kawan-kawan mama cakap mama ni mesti penyayang pada anak-anak kalau ada anak nanti, sebab mama suka budak-budak..haaa ye lah sangatkan, penyayang sangat, anak orang haruslah disayang-sayang takkan pulak nak ditangan-tangankan walaupun buat perangai depan kita haruslah bersabar walaupun tak sepenuh hati walaupun ringan je tangan nak mencubit hahaha

tapi kan mama ni takdelah penyayang sangat pun dengan anak buah mama yang sulung si aliff tu dulu bukan je mama buat kawan teman balik kampung tapi kawan gaduh jugak hahaha pada hal budak tu baru 4 tahun kot, ko dah ape hal??? berebut remote tv lah sampai baling-baling remote tv tak cukup dengan tu siap mengigau lagi tu marahkan si aliff tu hoii apa nak jadi nih, pastu dia suka mengigit dulu, dia gigit je mama ni terus mama picit mulutnya, pernah jugalah dia jadi mangsa cubitan mama sebab buat nakal kikiki..senyap-senyap je mama cubit budak tu kikiki

Bila dah ada anak sendiri nih..hmmm tahap kesabaran ni memang senipis kulit bawang rasanya... gituu senipis kulit bawang katanya hahaha abis takkan macam kulit durian pulak ye tak. Garang mama ni tak tahulah nak cakap tahap apalagi dah. bukan saja mulut berapi-api tangan juga selari. hanger kat rumah tu berapa banyak dah yang patah sebab jadi mangsa mama, kesian hanger tu sampai patah mama kerjakan, nak marah anak je ambik hanger rotan dinding, mau tak patah, kesian dinding kena pukul dengan mama, kuat tak kuatnya mama pukul sampai patahlah hanger tu. tapi rotan dindinglah kan, sesekali kena jugalah anak-anak tu, takkan dinding je nak jadi mangsa

ye lah anak-anak sangat menguji kesabaran rasanya..hahaha ujian untuk mama kan, biasalah ruamh bersepah itu tandanya terdapat anak-anak yang bijak didalamnya..ya bijak sangat mengenakan mama huhuhu..dah disepahnya mainan ini ditinggalkan dan dipunggah mainan lain, mama dah elok-elok susun cantik rak buku, belum sampai 1 jam, rak dah bersepah buku pun dah bertabur atas lantai, benda yang kita simpan tinggi boleh dipanjatnya rak tu, risau je terbalik rak tu, tak tahulah nak menangis ke nak gelak. paling tak boleh nak hadam bila kita dah elok mengemas sapu sampah semua, baru nak rehat anak-anak buat sepah balik masa tu jugalah en.azmi balik... fuhhh mendidihhhh

apa tak mendidihnya...lepas bagi salam masuk rumah tengok rumah bersepah terus dia membebel, maklumlah dia kan tak boleh tengok rumah bersepah habis semua dibebelnya, nampak macam mama pula tak buat kerja, pada hal kita baru je nak rilek lurus-luruskan badan..hailah anak-anak wehhh dah tahu papa korang tu tak suka rumah bersepah masih nak bersepah juga, sampaikan mama pun dah tak tahu nak cakap apa. rasa macam nak sedekahkan je semua mainan yang ada biar takde mainan pun kat rumah tu, tapi kan..yang suka mengangkut mainan tu..orang tu lah, pantang jumpa..haaa ni mesti anak-anak suka terus beli..berbulu je mama ni tau

satu hari mama dah penat duduklah rehat dibilik sambil baca buku, diluar keadaan senyap sunyi saja legalah mama mesti anak-anak bermain dengan elok, tak lama pun tak sampai setengah jam dah terdengar kecoh-kecoh diluar, lepas tu terdengar bunyi air disimbah-simbah,kemudian dengar suara ketawa-ketawa, kemudian terdengar pula sesuatu berlaga dengan kerusi, dengan rasa ingin tahu yang menebal mama buka pintu, sekali tengokkkk...urut dada mama tau tak..ruang tamu dah jadi kolam yang si adelya selamba pergi berkuak lentang atas lantai tu...ya ammpuuunnnn dorang tuang air atas lantai pastu adelya berenang, adrien pula dengan mop ditangan kononnya sedang mengemop, mama nak tergelak tengok adelya yang sedang berenang itu, tapi tahan dalam hati.

sebagai denda mama kurung ketiga-tiga mereka dalam bilik tak bagi keluar, sebab mama nak mengemas pula, licin ko lantai mujur tak terlentang mama kat situ, kalau tak dengan mama sekali berkuak lentang, tensen tahu tak, rasa macam nak mendidih darah dibuatnya jangan la darah naik tinggi, risau juga mama hahaha dah tua-tua ni asyik marah-marah je kang tak pasal-pasal darah tinggi pulak, jadi kenalah kontrol, tapi nan hadooo...tak mampu de nak kontrol lebih-lebih, sambil mengemop sambil membebel kalau diam lagi tak bagus semua terbuku dalam dada bila membebel ni terlepas sikit apa yang ada dalam hati, walaupun anak-anak tak mendengar.pun apa yang dibebelkan.

dah siap mop lantai, lepas tu en.azmi balik dia sambung pulak, membebel la orang tua tu..hmmm... lagi sakit telinga dibuatnya. buka pintu bilik kurungan...haiii semangat yang hilang bak kata xpdc bila mama tengok bilik tu, berkubang dengan kain baju, kata adam, adelya yang sepahkan sebab nak cari baju untuk dipakai, ye lah masa masuk bilik kurungan tadi dia kan tak berbaju, habis dipunggahnya almari abg, dirembatnya saja baju abg dalam almari tu,,huhuhu. ya la bilik kurungan tu pun bilik abg sebenarnya. dah satu hal mama kena kemas almari abang pulak..adehhhh rasa nak tangan-tangankan saja bebudak nihhh. ok lagi masa tu air paip dorang tuang ke lantai, pernah dulu air oren melimpah satu ruang tamu, ko rasee??? nak menangisss rasanya...

Dalam tiga-tiga orang tu bila kena denda berkurung dalam bilik siapa yang paling teruja? hahaha ada juga tu yang teruja bila kena denda, bila anak-anak terlebih aktif dah bersepah mama nak mengemas mama akan suruh mereka masuk bilik dan tak bagi keluar, sorang daripada mereka akan tersenyum gembira sambil berjalan ala-ala menari terus masuk bilik adelya la siapa lagi, suka je kena denda, adrien pula buat muka selamba takde perasaan, dah 2,3 kali mama suruh masuk bilik dia pun bangun laju-laju, kalau abg adam memang akan terus menangis..hoiii manja sangat tu, belum apa-apa dah menangis, adik-adik rilek je kena denda. geram je mama tengok. lepas kemas-kemas mama masuk bilik bercakap dengan anak-anak sorang  sorang bagitahu kenapa mama denda,peluk-peluk cakap mama sayang dorang baru bagi keluar, masa ni si kecik yang esken jalan menari-nari tadi mula la menangis...

Kadang-kadang rasa nak bepergian seketika ke mana-mana tanpa anak-anak, bercuti seorang bersama kawan-kawan, tapi mama tahu mama tak boleh nak buat macam tu. pergi ke mana-mana tanpa anak-anak rasa hidup tak lengkap, walaupun setiap hari berperang dan bergaduh dengan mereka bikin darah mama mendidih tapi mama rasa tak boleh kalau kemana-mana tanpa mereka, ada yang kata ala.. apa nak kisah nanti kalau ko mati ko tinggalkan juga anak-anak ko tu...ye mama tahu tu tapi mati tu lain cerita la sebab kita mati tu kita dah fikir anak-anak dah, tapi kalau berjalan tu kita ni hidup masih fikir pasal anak-anak. itu bagi mamalah terpulang pada masing-masingkan. bila anak-anak dah besar nanti bolehlah kot mama tinggal-tinggalkan, gi honey moon berdua dengan en.azmi hahaha

inilah cinta hati mama

haaa...tengok panjang betul mama berceloteh, macam nak kalahkan MD pulak hahaha, stop dulu la

Wassalam


Monday, 1 May 2017

Cuti 3 hari

Assalamualaikum...

Cuti hari ni hari pekerja, cuti 3 hari tak pergi mana-mana pun, bosan sungguh dibuatnya tapi nak buat macammana layan je la. Minggu lepas dah cuti-cutikan minggu ni duduk rumahlah pulak.

Apa nak membebel pun tak tahu ni, otak rasa tepu sebab takde buat apa kalau dapat keluar kalan-jalan sekejap pun ok, ingat nak pergi tengok-tengok bunga untuk taman cinta mama tu tapi hujan pula diluar tu. Hmmm...dah habis layan novel sebuah kita menulis dekat sini pulak.

Sabtu pagi dah abis pasal surat cinta abg adam pada entri mama yang sebelum ni, mama teruskan tugas-tugas didapur. Membersihkan ayam,udang dan sotong. Lauk dan sayur biasanya memang en.azmi yang beli, kalau mama ikut sekali membeli pun memang en.azmi juga yang memilih ikan,ayam dan semuanya lah mama tunggu kat tepi je,entahlah mama tak reti nak membeli dari dulu lagi heheh.


Bersihkan sotong kulit yang purple kat badan sotong tu memang dibuang bersih sebab en.azmi tak suka,mama ok je sebab mama pun tak suka,kadang kalau en.azmi tak kerja dialah yang tolong bersihkan. Udang tu buang kepala dan belah belakangnya untuk buang kotoran dibelakangnya saja.


Hasil cuti 3 hari takdelah hebat sangat memasak tapi cukuplah untuk mama anak-beranak.
Daging goreng, terung berlada, masak lemak ayam(kesukaan adrien), sambal sotong petai, sup cendawan, rendang pedas udang & sayur campur. Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah bagi...maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak engkau dustakan?

Oklah tak tahu nak bebelkan apalagi..otak rasa tak berfungsi dengan baik perlu cari ketenangan dulu.

Wassalam