Terima Kasih Cikgu

Assalamualaikum....

Selamat hari Guru buat semua guru-guru, semoga terus tabah dan sabar menjadi seorang pendidik. Abang Adam cakap nak bagi hadiah pada cikgu-cikgunya, mama ni pun takdelah idea sangat apa yang nak dibeli memandangkan bajet pun ciput sebab belum gajikan, apa yang nak dibeli tu kena sesuai dengan bajet yang adalah nampaknya.

Demi memenuhi hasrat anak mama pun sediakan jugalah sedikit hadiah untuk cikgu abg adam yang seramai 7 orang itu. Pemberian yang biasa-biasa saja itupun abang adam dah gembira sangat tak sabar nak bagi pada cikgunya. Adrien pun tak ketinggalan mahu juga beri pada mualimahnya, mulanya mama sediakan satu saja hadiah untuk mualimah kelasnya saja, tapi dikiranya pula semua mualimah yang ada. jenuh pula mama memikirkan nak buat apa dengan barang yang mama beli tu supaya cukup untuk semua cikgu.

Takde apapun yang mama beli sekadar pen dan marker pen serta liquid paper (yang ini ada dalam box stationery mama yang belum digunakan) jadi kita gunakan saja untuk lengkapkan hadiah untuk diberikan kepada semua cikgu anak-anak. Orang kurang kreatif jadi hasilnya takdelah kebabom sangatkan, harap cikgu berbesar hatilah menerimanya. Hajat hati mama ni nak lah juga bagi barang yang best-best tapi itulahkan bajet pula tak mengizinkan, mungkin tahun depan mama kena siapkan bajet awal-awal untuk hari guru. seronok sebenarnya bila dapat sediakan sesuatu untuk orang yang telah berjasa kepada kita ni walaupun kecil je benda tu kan yang penting ingatan.

keterujaan 3 beradik..abaikan bantal busuk Adrien itu

Bukan main gembira masing-masing tu, ada budak tu dan-dan mengamuk nak bagi hadiah dekat cikgu jugak pada hal dia tak sekolah lagi, terus lepas tu pergi dekat papa dia " papa..yaya nak sekolah pasti esok" tengok tu betapa gembiranya nak bagi hadiah dekat cikgu terus nak minta masuk sekolah. mama cakap tahun depan yaya sekolah mama buat juga hadiah untuk yaya bagi pada cikgu. terus dijawab lagi " yaya nak satu ni nak bagi pada acik ct(pengasuh dia)" hehehe macam-macam dia kan. ok nanti mama cari sesuatu untuk yaya bagi pada acik ct ye..

Ini sajalah yang mampu mama sediakan...

Ini je lah yang dapat mama sediakan untuk cikgu anak-anak, harap-harap cikgu gembira menerimanya. Itu je idea yang mampu mama perah untuk jadikan pen-pen itu lebih menarik sikit, sikit je lah menariknya, sebenarnya banyak lagi idea mama, tapi tu lah kan, setakat ini itu je yang mampu mama buat..hehehe. Mama ikat 2 batang pen dan sebatang marker pen dengan ribbon, kemudian gunakan stick yang mama beli dekat diy tu untuk lekatkan ucapan hari guru.



Ini yang asal mama buat tapi terpaksa diubah dan diagihkan kembali kerana ada pertambahan hadiah yang perlu diberi pada cikgu. Pen 2 batang dan 1 marker pen berkaler-kaler. kebanyakan barang pun sudah habis sebab rehat tu mama tengok ramailah ibu-ibu yang membeli pen dan marker, pastinya untuk hadiah hari guru jugakan. Pen dan marker ni mama rasa memang akan digunakan oelh cikgu jadi kita beri saja pen kan. nak membuat kek seperti sebelum ini tak sempat pula mama. Jadinya ini sajalah.


Wassalam

Comments

  1. kuit miut, santik sis pen-pen tu... mmg kreatif...

    ReplyDelete
  2. lbh mudah beli barang yg mereka boleh guna kan kak...
    thn lps dana bg coklat, tp thn ni pikir2 baik bg benda yg boleh mereka gunakan...

    ReplyDelete
  3. tahun ni tak sedia pen untuk cikgu, buatkan kuih je seorang sebekas. hihi

    ReplyDelete
  4. Tak sempat pun nk sediakan apa2 utk cikgu aimy..
    Hehe.. Yaya blh bagi hadiah kat pengasuh dgn ustazah yg ajar ngaji..

    ReplyDelete
  5. Saya setuju bagi benda yang praktikal macam ni. Ingat nak beli juga pen, marker and alat bantuan menulis atau mengajar yang lain. Derang sendrik cakap suka kalau dapat benda macam tuh :)

    ReplyDelete
  6. comel je mama die buat macam tu.. hii

    ReplyDelete
  7. Kreatif juga AA ni..
    Akak main bungkus aje hihihi

    ReplyDelete
  8. Selalu kalau hadiah hari guru mesti murid2 akan bagi mug .. hehe, tapi yang ni tentu2 cikgu akan gunakan .. :)

    ReplyDelete
  9. Mamamnya pun sibuk jugak menyediakan hadiah2nya yer.

    ReplyDelete
  10. Cantik wey deko hadiahnya. Ni belum tengok deko rumah lagi ni hihi....bila nak tunjuk ni. Penat tunggu tau!

    Sejak anak dah besar besar ni diaorang tak sebok lagi mintak hadiah nak bagi cikgu. Selamat kita hihi

    ReplyDelete
  11. Janji ada hadiahnya. Jangan jadi macam anak bujang tersado saya, langsung tak kisah pun dengan Hari Guru. Yang disibukkannya apa saya nak beri untuk sambutan makan-makan sempena Hari Guru pada Jumaat ni. Dia kata dia mesti datang sebab cikgu dah kutip duit nak beli KFC. Itu jelah!

    ReplyDelete
  12. simple but sweet la AA.
    pen mesti cikgu2 suka.
    tambah koleksi. jimat duit cikgu :) kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts