Meja hiasan kayu

Assalamualaikum...

Lupakan sekejap cerita raya yang masih banyak nak diceritakan tu. Hari ni mama berjaya siapkan  meja hiasan yang mama nak tu. Dari bulan ramadhan lagi mama dah gergaji kayu-kayu yang mama nak tu tapi ye lah bila sorang-sorang tu payah sikitlah nak memakunya tu bila takde yang menolong, lagipun risau juga idea mama tu en.azmi tak berkenan.

Hari ini en.azmi ada pagi, apalagi mama paksa lah en.azmi tolong mama siapkan juga meja mama tu, walaupun mama rasa en.azmi macam malas mama terus je ambik kayu.dan gergaji hehehe nak taknak kenalah buat jugakan. Mama cakap meja mama nak tu macammana tapi en.azmi susah nak bayangkan mama siap lukis tapi en.azmi masih konfius. Sudahnya dia buat juga mengikut apa yang mama cakap.

Alhamdulillah lega dah siap walaupun hasilnya takdelah mengagumkan sangat tapi mama banggalah sebab hasil usaha sendirikan. Siap gigih ajak en.azmi pergi beli bunga semata-mata nak letak dekat meja hiasan tu..heheh mujurlah en.azmi tu mengikut je, risau le tu kot isteri dia ni muncung berdepa-depa. Tapi katanya jangan beli banyak nanti habuk, oklah mama beli 4kuntum ros je, ingat nak beli bunga lain, tapi lain kali la beli. Nak tengok ke rupa meja mama tu?


Macam ni.je lah rupanya takdelah wowww sangat tapi memadailah untuk mama buat letak-letak frame gambar. Nanti nak letak hiasan-hiasan kecil yang ada tersimpan dalam kotak bolehlah mama keluarkan nanti untuk penuhkan meja hiasan ni. Jadi takdelah kosong sangat ruang tamu mama ni. Walaupun.ada meja ni.ruang tamu.masih nampak luas sebab tak banyak perabot lagi kan. Oklah ni kan.


Letaknya ditepi dinding dekat ruang nak ke dapur,kira masih ok lah sebab takdelah menganggu jalan nak masuk dapur tu. Adelya boleh cakap meja nak jual.aiskrim heheh ye lah mama memang nak jual aiskrim pun jawab mama. Tapi mana aiskrimnya??? Ehh budak sorang ni macam-macam pulak dia kan. Itu je idea yang mama ada nak buat lebih-lebih tak pandai pula takpelah macam meja aiskrim pun.. Puas hati dah mama. Mungkin perlu ditambahbaik. Nanti fikir kemudian yang penting dah ada.

Wassalam

Comments

  1. Pandainya sis buat meja tu. Comel je ana tgk. Letak bunga lagi bertambah seri nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah ana sikit2..bagi meriah sikit rumah bila ada meja tu. hehehe

      Delete
  2. Wow,😘😘,kalah Ikea kalo camni..
    Untung pandai bertukang ni, boleh buat sendiri dgn kos yg menjimatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi kak kalah ikea tu malu saya hahaha
      bolehlah kak sikit2 nak bertukang, janji jadi apa yang nak dibuat tu

      Delete
  3. wahh rajinnya akak bertukang sendiri.. rumah imm takboleh nak letak meja2 gini.. anak bujang tengah sedap memanjat hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah imm sikit2 dapat jimat bajet juga ni hehehe.

      ye lah imm kalau ada anak kecik yang tengah melasak memang takdelah meja ni, anak2 akak dah besar juga oklah

      Delete
  4. Rajin mama dan suami ye...cantik pulak tu hasilnya. Yang penting usaha sendiri lagi rasa puashati kan ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila datang mood rajinnya PH macam ni lah, mujur juga en.azmi tak sibuk bolehla tolong buat kalau tak tentu tak siap lagi ni

      Delete
  5. Cantik meja hiasan tu..
    Nnt blh la buat alas meja pulak..
    Bunga hidup ke tu?
    Takpe pelan2 masuk perabot.. Hehe..
    Bg ira ruang tamu luas, senang nk menyapu/vacum.. 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde lah bunga plastik je tu hehee, bunga hidup kos pula nanti nak kena tukar tiap2 minggu.

      itulah pelan-pelan kayuh yang ada sekarang pun ok dah cuma nak tambah hiasan2 je. memang suka ruang tamu luas bila orang datang ramai2 takdelah sempit sangat

      Delete
  6. hehe... mmg kita org ppuan suka muncung berdepa... hehehe.... cantik sgt meja tu, pandainya buat sdiri... teringin nak deko rumah, tp xde rezeki lg... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sheila kalau tak dapat muncunglah kan..

      inshaAllah satu hari ada rezekinya, akak ni pun baru je ada rezeki dapat duduk rumah sendiri

      Delete
  7. Hihi...Nasiblah org yang dipaksa tu mau menurut kata, kalau tidak, memang tidur luarlah En Azmi jawabnya kikiki....

    Cantiklah Azra, kreatip. style hipster hipster gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kena paksa haruslah menurut perintah mak hahaha

      aah mak rumah kita ni memang style hispter gitu..kakaka semua kayu kayan je

      Delete
  8. sama macam mak CT.. dia x suka bunga2 katanya tangkap habuk..
    tapi rajin ngemas xpe.. i is pemalas hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bunga banayk2 nanti tangkap habuk, sebab tu akak beli sikit je bagi nampak berseri sikit ruang tu.

      akak pun tak rajin sangat mengemas tapi en.azmi yang rajin hehehe

      Delete
  9. cantiklah meja hiasan tu.. kalau buat dan letak dilibrary pun menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sha..ada juga tu impian nak buat rak buku nanti, tapi kena tunggu lah masa en.azmi tak sibuk

      Delete
  10. lawa je kejadiannya kak. cantik. kalau dekat boleh tempah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ain..itu je yang mampu idea keluar

      Delete
  11. Pandainya Mama bertukang.
    Saya cuak2 la nak buat sendiri..
    walau angan2 tu ada.. Takut nak pegang
    gergaji.. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah sikit2 MM..ada juga cuaknya tu tapi bila ada yang tolong jadi mudahlah.

      Delete
  12. pandainya bertukang, memang cantikla

    ReplyDelete
  13. Cantiklah AA..
    Kreatif AA suami isteri..
    Tak yah susah ke Ikea kan..
    Jimat pun jimat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehla kak sikit2 tu..aah kak nak ke ikea kang rambang mata tapi bajet takde, jadinya kenalah buat sendiri untuk menjimatkan kos hehehe

      Delete
  14. kalau nak buat seribu daya.
    Hasilnya tentu puas hati sebab kita buat sendiri.

    Pn is3 WP pulak tengah request soh buat rumah kucing lagi. Kucing dia beranak 5 ekor.

    ReplyDelete
  15. nice AA. simple.
    tapi cukup menyenangkan mata yg melihat.
    tambah seri rumah la :)

    ReplyDelete
  16. Untung pandai btukang ni πŸ‘ Macam pakcik sy, lepas pencen terus sibuk btukang πŸ˜„

    ReplyDelete
  17. Ada bakat seni pertukangan gak mama aryan ni ye... Tutuplah IKEA nanti... hehehe.

    ReplyDelete
  18. Comel la meja tu...cute je dok kat situ tau =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts