Syawal 2017 - beraya di taman

Assalamualaikum...

Nahhh cerita raya belum habis lagi ya. Kali ini mama beraya ditaman pula. Haa taman mana pula kali ni? Berlari berkejaran...seindah bunga ditaman...eewaahhh. Mesti ingat mama beraya ditaman bunga bergambar sweet-sweet bersemutt dengan en.azmi kannn..hahaha bukan beraya ditaman bunga ya tapi beraya dengan jiran setaman. Kot mama bersweet-sweet ditaman bunga ada pula yang muntah secara berjemaah kang kikiki

Sabtu ada juga la jemputan open house walaupun tak berapa fofuler ada juga yang sudi jemput hahaha, kak yati ni yang driver transport abg adam ke sekolah dia la jemput beraya ke rumahnya, dekat juga dengan rumah jadi bolehlah mama pergi dengan anak-anak. En.azmi kerja. Lepas rumah kak yati tu. Selepas asar kami beraya di pasti pula. Pasti buat jamuan raya hari tu juga. Alhamdulillah kenyang perut, gantung periuk hari tu.

3AA mama masa beraya di pasti,punya banyak makanan dorang bantai makan aiskrim je, tak duduk lama pun kat sini sebab ada urusan lain pula

Malamnya pukul 8, beraya ramai-ramai dengan jiran-jiran. Alhamdulillah sambutan menggalakkan, jiran yang belum duduk sini pun datang join juga. Lebih 30 buah keluarga yang join. Meriah sangatlah geng-geng perempuan bentang tikar dekat taman, makan ramai-ramai. Ada bbq untuk menu utama dan ada juga pot luck, tak sangka dengan sambutan yang diterima sampai 5 meja makanan ada bihun tomyam, bihun goreng, macaroni goreng, spagetti, kerabu megi, lemang rendang, desert yang cukup banyak..kek, buah, tapai, puding, aiskrim,cream puff, roti john..ya Allah cukup banyak rezeki malam tu, mama tengok pun pening tak tahu nak makan yang mana satu.


Nampak meja yang bersusun tu..meriah dengan makanan. Tema malam tu baju raya ada juga yang mengikut tema, siap berbaju melayu bersamping, mama sekeluarga haruslah sama, tapi takde lah tema "merahnya makngah" ahahaha...tapi malam tu kami pakai biru sedondon 5 beranak, gigih ko kan mama..mujur takde hadiah untuk tu kalau tak konfem mama yang menang..kikiki perasan sangat. Tapi oklah kan majlis macam ni dapat beramah mesra dengan jiran-jiran. Ya..adik-adik kenalah kenal akak kawasan ni, maklumlah mama paling tua kat taman tu, tapi bila dengan adik-adik tu tak rasa tua lak rasa sebaya je 25 tahun eheh.

Haaa tu mesti ada yang tanya mama masak apa kan? Alaa tak tanya pun takpe sebab mama nak cerita juga, maklumlah menu mama licin kahkahkah...boleh en.azmi kata mujur rendang licinnnn...amboi dia bukan mujur tau pasti licin hahaha opsss saje laaa gurau-gurau, dah mama sorang je yang buat rendang mestilah habiskan. Makanan lain pun habis juga kami agihkan untuk semua bawa balik yang mana mereka suka, ye lah masa makan tu manalah sempat nak cekau semua kan, jadi kita tapau la yang lain-lain tu.


Mama buat rendang simple je, tak buat macam yang masa raya hari tu. Rendang simple ni resepi arwah mak mama. Memang sedap..tak sangka adik ipar pun suka, terus rasa kembang setaman bila orang cakap kita masak sedap. Katanya tak sempat nak suruh mama masak masa balik raya hari...awww terbuai jiwa mama tau..terus berdendang sambil merendang pagi tu..sudahlah mama poyo jek.

Oklah mama berenti dulu sebelum terus membebel entah apa-apa pula nanti.

Wassalam

Comments

  1. wow seronoknya.. takpe raya sebulan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok siti dapat berkumpul ramai2 dengan jiran..aah raya sebulan kan

      Delete
  2. Awww, bestnya beraya ramai-ramai 😄 Meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah nour ramai2 macam tu

      Delete
  3. Sonoklah beraya setaman gitew, memasing bawak potluck eh?
    Akk perasan sekarang ni takde sgt org buat open house, ke org tk jemput kami ke, tak taulah. Kurang open house tu mgkn gak pikir pasal bajet, almaklum zaman ekonomi serba turun ni.

    Siap ada tema Raya setaman ye, mana gambar berlima biru mata hitam ku itu nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak..semua bawa pot luck apalagi memang penuh meja la dibuatnya.

      gambar berlima biru mata hitamku takdelah kak rambang mata tengok makanan, sampaikan en.azmi pun saya tak nampak dimana hahaha..makan33

      Delete
  4. bdk2 ngn sekerim mana blh dipisahkan kak....

    best ber bbq ramai2 ngn jiran2 se taman... mana baju sedondon family akak mlm tu? nk tgk jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dana..sedap sangat depa makan eskrem tu

      ala..baju sedondonnya yang recycle punya je dana, baju raya tahun lepas takde bergambar pun, makan2 lagi sedap hahaha

      Delete
  5. Laku keras rendang mama ye. Mai nak rasa cikit ��

    Takde gambar mama sekeluarga ke malam tu? Mai kita nak judge, bole dapat hadiah ke tak kuikui... Next year boleh buat award best dress tu mama, mesti lagi happening ��

    Taman kita ramai yang dah pencen, kita & few families je orang muda takde lah nak gathering ala orang2 muda macam mama ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai la jalan2 rumah PH, boleh rasa rendang.

      gambar takde la PH sebab mama takut kena kecam ahahaha, tak sempat nak bergambar PH sibuk nak makan je.

      Delete
  6. sekarang nie memang turn orang buat open house jelaa kan kak.. hihi.. kawasan perumahan e'in pun memang akan buat jamuan hari raya tiap tahun.. cume tahun nie belum buat lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul e'in sekarang masa untuk open house, seronok juga dapat jemputan bolehlah gantung periuk belanga kan.

      Delete
  7. Ada masa lagi ni nak menghadiri dan untuk buat rumah terbuka hari raya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat lagi ni ana, tapi akak tak buatlah siapa nak datang beraya tu boleh datang

      Delete
  8. Laaaa.... tak dpt lah depa semua tengok cermin tingkap dan meja gambaq Aryan Azraaaa..... Rugi weyh depa semua tu! hihi

    Seronok gak ye buat kat taman mcm tu. Sekali harung senang, tak payah mengemas sorang sorang hahaha! Tapi taman mak tak buat mcm tu.... Leceh jugak sebenarnya emmm, ikut jelah malas nak pikir hihi....

    Amboi laku keras nampaknya. Rendang apakah namanya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang takmau bagi depa tengok pun makkk..kita seganlah rumah kita kosong setakat ada meja hiasa kayu tu ja, rumah depa sofa gebu tenggelam vontot bila duduk, rumah kita kerusi kayu keras ja takut depa kematu vontot lak nanti kikiki

      buat macam ni jimat pun jimat semua pakat share kan, penat pun takde sebab buat kerja ramai2 kan. lagi penat kalau buat baraan malam2 rumah ke rumah kena pulak hari kerja memang menangislah mak nakkk.

      harus la laku kerass hahaha rendang cili padi je mak

      Delete
  9. Bestnya ada jamuan setaman kak. Kawasan rumah ana sabtu ni. Confirm ramai sebab libatkan 6 buah flat. Hehe.

    Tengok pun dah tau sedap kak rendang tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lagi ramai tu ana, mesti lagi meriah suasana raya.

      nak rasa rendang mai la jalan rumah akak ana

      Delete
  10. waahh bestnyee...mesti happening kan..siap dengan tema even dimalam hari pun..terbaik lahh....menu2 tu mcm best jeeee...baru list xtunjuk gambar pun terasa macam nak jeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu akk tak tunjuk gambar makanan nanti ada yang teringin hahaha

      Delete
  11. Wahhhh meriah gitu kan beraya dengan jiran jiran....kami ni kawan hat dok jauh kami p beraya, hat dok sebelah umah kami tak p pon..ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang meriah.

      Xpe p yg jauh dulu,yg dekat p kendian

      Delete
  12. Wah.. Satu hari gantung periuk ye..
    Best la yen, mama dpt join jamuan raya..
    Ni taman dkt depan umh kak lah tu ke?
    Senang buat jamuan gini kan, xyah sibuk nk kemas umh hehehe..
    Kitaorg jamuan blok hr ahad ni..
    Bila la nk g umah mak ngah ni.. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah...taman depan tu la.
      Itula senang sikit, xpenat sangat buat macam ni.

      Datanglah ahad ni, ada kawan nak datang jadi nk la masak2 sikit. Hehehe bkn open house pun

      Delete
  13. sweetnye statemenr muntah berjemaah tu kak..xde lah xkan muntah cuma mcm tengok cite hindustan je lah..hehe..

    bila kita masak resipi mak ni..mesti hati sebak kan kak..apalagi teringat org yang dah xde..entahlah mcm irda boleh baca perasaan akak..cuma hati akan kembanh balik bila adik ipar puji masakan akk..hehe ..irda pun cam tu..diorang xpernah puji pun..tp ngap terus..habis licin tu tanda sedap lah tu kot

    ReplyDelete
  14. Mesti meriahkan...
    Kat tmn perumahan lya xde ramai org.. Sunyi sepi jer.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts