Pakcik Redza Rosli

Assalamualaikum...

adik mama yang no.8..pakcik baru je habis belajar sementara nak tunggu posting kat mana-mana hospital dia bekerja sambilan dulu, pakcik bukan doktor tapi MA je. mulanya nak kerja sambilan di ofis mama ni tapi sayang dah  takde kosong. lepas tu minta kerja di syarikat swasta yang berkaitan dengan apa yang dia belajar. Alhamdulillah pakcik dapat kerja tu.

Kemain seronok mama tengok pakcik kerja, kena dan sesuai dengan jiwalah tu, lagipun baru habis belajarkan dah kerja dalam bidang yang sama apa yang dibelajar pun masih ingatlahkan. tindakan pun pantas. sebelum  ni bekerja di satu konsert anjuran satu stesen tv swasta, artis dari luar jatuh laju je pakcik bagi pertolongan teruslah bos yang handle konsert tu suka, call pula bos pakcik katanya nanti kalau ada apa-apa event dia taknak orang lain yang datang dia nak pakcik yang datang.. amboiii bangga ko pakcik ehhh, alhamdulillah buat kerja biar ikhlas baru orang suka.


Ini pakcik share masa dia bertugas di litar sepang, wah kemain pantas buat kerja, liputan live pulak tu bangga je berkongsi dengan adik beradik, katanya ada doktor dari luar berikan pujian..wahhh bagus tu pakcik tapi jangan terleka dengan pujian ye, buatlah kerja tu kerana Allah inshaAllah semuanya pasti akan dipermudahkan. Tapi tak beragak pulak tu mengaku diri sendiri macam redza rosli, haissshh mama pun tak kenal siapa redza rosli tu mulanya terpaksalah taknya pakcik google..hahaha hadoiii pelakon rupanya, oklah tu pakcik sama-sama tak hensem hahaha iras-iras tu takdelah kan.

Cerita bab muka macam retis nih ada la seorang dua lagi adik beradik mama yang macam retis hakkkss bukan mama ye adik-beradik lain, tak tahulah sama ke atau dorang yang ditimpa perasaan nak muka macam retis tapi ini bukan dorang yang cakaplah, kawan-kawan yang cakap mungkin betullah agaknya tu, apa?? nak tengok gambar..hahaha lainkali lah. Ini kali cerita pakcik kang masuk cerita orang lain sentap lak pakcik redza rosli(pada hal pakcik tak baca pun).

Mama doakan moga pakcik terus berjaya dalam bidang yang diceburi bekerjalah dengan ikhlas dan sabar. Moga nanti dapat posting hospital dekat-dekat je lah, dapat hospital shah alam pun ok jugak, dekatlah kita nanti apapa hal pun senang, kata pakcik nak bersalin dia sambut baby pun boleh..hoi tidaklahh mama ye, malu hoiii walaupun adik sendiri kahkahkah...ok lah

Wassalam

Comments

  1. Masuk tv tu kan... bukan semua orang boleh dapat peluang tu... demi tugas...

    ReplyDelete
  2. Wah, glemer tu..
    Bila buat benda yg kita minat, mmg buat dan sungguh kan?

    Saya masa belejar dula jadi first aider...
    Seronok tip kali ada event mcm ni...
    Boleh lepak tepi padang dan tengok orang main :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah... bila kerja di lakukan sbb minat n bersungguh2 itu jadinya gitu...
    bersemangat je... moga tak terleka ngn segala pujian, n sentiasa istiqamah dlm buat kerja tuh...

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH PAKCIK DH DPT KRJA YG DISUKAI ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
  5. tahniah untuk kerja yang disukai.. glemer sekejap, masuk tv..

    ReplyDelete
  6. Tahniah pakcik. Teruskan usaha yang baik tu. Semoga terus berjaya.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya...kalau buat kerja yang kita suka memang hasilnya akan superb =)

    ReplyDelete
  8. Tentu adek2 ilah tampan kan sebab tu tulah iras artis...Alhamdulillah baik budi adek ,murah pulak rezeki dapat kerja bidang yang dia belajar.

    ReplyDelete
  9. Glamour pakcik ye :)

    Alhamdulillah rezeki dia tu mama. Dengar2 sekarang ni susah nak dapat keja huhu...

    ReplyDelete
  10. Bagus pakcik tk pilih2 kerja janji rezekinya halal, barulah berkat dan diredhai Allah..
    Haduih, perasan mcm muka retis plak yea..

    ReplyDelete
  11. dapat buat yg kita suka memang satu kepuasaan tu kak..seronok pakcik tu..waahhh ini dah popular ni.hherheh

    ReplyDelete
  12. Tahniah pak cik, da dpt kerja. Bagus dpt keje berkaitan bidang, dpt timba bnyk pengalaman. Mulia kerja pak cik ni.. Sentiasa tolong org.. Semoga murah rezeki dan diberkati Allah sentiasa..

    ReplyDelete
  13. w/salam!

    Rupa ada iras2 mcm Redza Rosli... cer bagi gambar close-up sikit... kite minat ngan Redza Rosli... hehehh

    ReplyDelete
  14. Tentu seronok kalau buat kerja yang kita suka dan ada pengalaman dalam bidang tersebut.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah boleh keje dlm bidang yg disukai... glamer pakcik..muka pun nak sama muka retis ye.. suka Redza Rosli tu AA.. humble ja tgk dia kt tV... hihi... Alhamdulillah ada gak adik beradik AA dlm bidang perubatan ni..klu sakit ke apa senang sikit....

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts